awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Program Al-Falah MADANI 2025 di Kuantan bermula esok
POLITIK
PRN Sabah: PBS tolak kerjasama dengan BN
DUNIA
Iran buka semula sebahagian ruang udara susulan gencatan senjata dengan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara didakwa terima suapan kereta mewah

Bernama
Bernama
26/06/2025
05:05 MYT
Sponsor Banner
Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara didakwa terima suapan kereta mewah
Mohamad Ali didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menerima suapan berupa sebuah kereta mewah pada 2015.

Ringkasan AI
  • Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima suapan berupa sebuah Range Rover Sport pada 2015 sebagai dorongan menganugerahkan kerja subkontraktor projek tambakan laut di Melaka.
  • Dia didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.
  • Mahkamah menetapkan jaminan RM60,000 dan syarat tambahan termasuk penyerahan pasport serta larangan menghubungi saksi; kes akan disebut semula pada 14 Ogos dan dijangka dibicarakan bersama 20 pertuduhan rasuah lain yang dihadapi di Shah Alam.

Mohamad Ali membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Ali didakwa secara rasuah menerima untuk dirinya satu suapan berupa sebuah kenderaan jenis Range Rover Sport daripada seorang pengarah syarikat sebagai dorongan untuk menganugerahkan kerja-kerja subkontraktor bagi projek tambakan laut di Kota Laksamana.
Dia dituduh menerima suapan itu di pejabat syarikat berkenaan di Taman Kota Syahbandar, dalam daerah Melaka Tengah pada Jun 2015.
Mohamad Ali didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib memohon agar Mahkamah Sesyen Ayer Keroh menerima pakai syarat jaminan yang ditetapkan ketika tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 18 Jun lepas.
Syarat itu merangkumi jaminan sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang menghubungi mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Ahmad Akram turut memohon agar kes Mohamad Ali di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh dan dibicarakan bersama pertuduhan yang dikenakan hari ini.
Peguam tertuduh Md Yunos Shariff, tidak membantah permohonan tersebut.
Mahkamah menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes.
Pada 18 Jun lepas, media melaporkan seorang bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 20 pertuduhan menerima rasuah berbentuk wang tunai berjumlah RM235,000 dan tiga kereta mewah bagi projek tambak laut di Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas Yang Dipertua Dewan Negara
#Mohamad Ali Mohamad
#kes rasuah
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami