awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UniKL tawar pendidikan TVET termaju kepada pelajar Indonesia

Nazri Kahar
Nazri Kahar
21/04/2025
12:35 MYT
UniKL tawar pendidikan TVET termaju kepada pelajar Indonesia
Ahmad Zahid menyifatkan langkah yang dilakukan pihak UniKL dan KPT melalui EMGS begitu strategik dalam membina tenaga mahir bagi mengisi pembangunan Indonesia. - Gambar DPMO
JAKARTA: Pelajar Indonesia yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) akan ditawarkan dengan silibus TVET termaju seperti bidang kecerdasan buatan (AI), robotik, tenaga hijau dan automotif elektrik.
Dua perjanjian strategik menerusi pemeteraian tiga Surat Hasrat (LoI) antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Kerajaan Provinsi DKI Jakarta serta Kerajaan Provinsi Sumatera Barat (SUMBAR), yang disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid menyifatkan langkah yang dilakukan pihak UniKL dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Education Malaysia Global Service (EMGS) begitu strategik dalam membina tenaga mahir bagi mengisi pembangunan Indonesia selain memperkukuhkan Malaysia hub pendidikan yang bertaraf serantau dan berkualiti antrabangsa.
“Kita beri tumpuan kepada pelajar-pelajar berpotensi dari Indonesia kerana sistem pendidikan kita bukan sahaja selari dengan sistem pendidikan Komanwel yang diiktiraf antarabangsa, malah turut menekankan pendedahan dwi bahasa, Melayu dan Inggeris,” katanya.
Untuk rekod pada tahun 2024 sahaja, lebih 11,000 pelajar Indonesia melanjutkan pelajaran di Malaysia, dengan peningkatan 28 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pertukaran Surat Hasrat antara UniKL, EMGS bersama Pemerintah Provinsi Jakarta dan Pemerintah Provinsi Sumatera Barat di Grand Hyatt, Jakarta pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#TVET
#kecerdasan buatan
#sietem pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan