Kira-kira 10,000 orang penduduk dari lapan buah kampung di Kudat, Sabah, menarik nafas lega, selepas banjir yang berlaku sejak tengah hari tadi, semakin surut malam ini.
Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Gumpa, Kampung Bak-Bak, Kampung Korina, Kampung Tamalang, Kampung Sikuati, Kampung Barambangon, Kampung Andap Jawa dan Kampung Pangaraban.
Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim berkata hanya Kampung Korina sahaja yang belum ada penduduk yang dipindahkan ekoran paras air Sungai Korina yang masih rendah iaitu pada 2.49 meter.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di pekan Pitas sedikit meningkat malam ini iaitu kepada 131 orang daripada 39 buah keluarga berbanding 103 orang daripada 33 buah keluarga petang tadi.
Pegawai Daerah Pitas Bubudan Oti Majalu berkata semua mangsa ditempatkan di dua buah pusat pemindahan banjir iaitu di Sekolah Kebangsaan Rukom dan Dewan Kampung Sinukab.
"Pihak kami kini dalam langkah berjaga-jaga dan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti kawasan dilanda banjir yang memerlukan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan banjir," katanya.
Sementara itu, banjir di beberapa negeri lain tidak menunjukkan perubahan seperti di Kelantan, jumlah mangsa banjir masih kekal seperti petang tadi dengan 1,415 daripada 343 keluarga ditempatkan di 21 pusat pemindahan.
Di PAHANG, jumlah mereka yang berada di pusat pemindahan turut tidak berubah di mana jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri berkata terdapat 930 orang di tiga pusat pemindahan di Temerloh.
Di PERAK pula, jumlah mangsa banjir sedikit menurun iaitu daripada 1,918 petang tadi kepada 1,689 orang malam ini yang terdiri daripada 458 keluarga.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata terdapat 1,472 orang mangsa di Perak Tengah, Hilir Perak (183 orang), Hulu Perak (34 orang) dan kesemua mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir.
Sementara di JOHOR, Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri menyatakan sebuah keluarga yang terdiri daripada lima orang masih berada di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Spang Loi, Mukim Buloh Kasap, Segamat, sehingga malam ini.
Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata laluan FT 62 Jalan Pekan Tajau-Bandar Jengka, Maran yang ditutup sejak 11 Januari lepas kerana mendap, kini kembali dibuka untuk lalu lintas.
"Kerja pembaikan telah dilaksanakan menggunakan kaedah pemasangan jambatan 'bailey', dan laluan itu mula dibuka 7 malam ini dan disahkan selamat untuk pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan.
Bernama
Wed Jan 14 2015
Jumlah mangsa banjir di pekan Pitas sedikit meningkat malam ini iaitu kepada 131 orang daripada 39 buah keluarga berbanding 103 orang daripada 33 buah keluarga petang tadi. - Gambar Fail
Media perlu manfaat kebebasan bersuara, rai kemajmukan Malaysia
Pengamal media di Malaysia perlu memanfaatkan kebebasan bersuara dengan sebaiknya tanpa perlu menggugat keharmonian dan menimbulkan sebarang kekacauan di negara ini.
10 Berita Pilihan - (03 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Kes pemerasan RM1.25 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
PRK KKB: Nga sedia beri kerjasama kepada SPR isu peruntukan
Nga sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aduan mengenai pengumuman peruntukan berjumlah RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
AWANI Tonight: 3rd May 2024
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
- M'sia drops 34 spots to 107th in World Press Freedom Index
- Gaza: Turkiye halts all trade with Israel
#AWANIenglish #AWANInews
Menteri Luar Malaysia akan wakili PM Anwar di Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia
Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak OIC di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap seekor gajah liar di Kampung Tal Tujuh, Jerangau, semalam.
Pemuda dipenjara lapan bulan, denda 1,500 kerana curi beg sandang wanita sarat hamil
Seorang pekerja sebuah syarikat penapis air yang mencuri beg sandang seorang wanita sarat mengandung sembilan bulan dihukum penjara selama lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
AWANI 7:45 [03/05/2024] – 15 lokasi skrin besar | Malaysia di kedudukan 107 | Nasihat Mufti Perak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Misi 'pecahkan Tembok Besar China' dan mara ke final Piala Thomas
- Indeks kebebasan media Malaysia merudum
- Tersasar daripada landasan keadilan Islam, mufti nasihat henti boikot KK Mart
- Cedera di kepala, kaki dan tangan, polis buru dua individu samun Akhyar Rasid
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Misi 'pecahkan Tembok Besar China' dan mara ke final Piala Thomas
- Indeks kebebasan media Malaysia merudum
- Tersasar daripada landasan keadilan Islam, mufti nasihat henti boikot KK Mart
- Cedera di kepala, kaki dan tangan, polis buru dua individu samun Akhyar Rasid
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Shafie Apdal nafi libat dalam isu pengambilan tanah di Kudat
Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau telah mengambil pendekatan perundangan bagi menyangkal dakwaan tidak berasas itu.
Lebih 1,600 hilang tempat tinggal, 179 rumah atas air terbakar di Kudat
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada 4.26 petang itu.
Sembilan menara komunikasi baharu tingkat capaian internet di Sabah
Sembilan menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang beroperasi sejak 15 Jun lepas memberi manfaat kepada 6,520 penduduk di Kudat dan Pitas.
COVID-19: Sabah rekod empat lagi kluster baharu libatkan tempat kerja, komuniti
Sabah merekodkan empat lagi kluster baharu COVID-19, dengan tiga daripadanya melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja manakala satu jangkitan komuniti.
APMM kesan nelayan warga asing hilangkan diri selepas bot karam
Maritim Malaysia melaksanakan usaha mengesan nelayan asing yang dipercayai telah menghilangkan diri setelah bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Banggi, Kudat pada Khamis.
Lebih 1,500 penduduk ditempatkan di PPS di Sabah
Seramai 1,765 penduduk di empat daerah ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran rumah mereka dinaiki air setakat pukul 4 petang Selasa.
Empat PPS dibuka, banjir di Utara Sabah
Hujan lebat yang turun sejak malam Ahad dan berlarutan sehingga pagi Isnin telah menyebabkan banjir kilat di tiga daerah di Utara Sabah.
PKPD tiga kawasan di Kudat dilanjutkan hingga 26 November
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan yang terlibat ialah Kampung Pengaraban, Kampung Tanjung Kapor dan Kampung Landung Ayang.
PKPD tiga lokaliti di Kudat dilanjutkan, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis (12 November 2020).
Amaran cuaca peringkat waspada di Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah, sehingga Isnin (2 Nov).