"Thank you, Cena" - John Cena akhiri karier gusti selepas lebih dua dekad di WWE

Bintang WWE John Cena akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada dunia gusti profesional, menamatkan karier gemilang selama hampir 24 tahun. - Foto Instagram/@WWE
SEPERTI yang dijanjikannya pada Julai tahun lalu, bintang WWE John Cena akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada dunia gusti profesional, menamatkan karier gemilang selama hampir 24 tahun dalam satu detik penuh emosi di Capital One Arena, Washington DC.
Ringkasan AI
- John Cena mengakhiri karier gusti profesionalnya selepas hampir 24 tahun dengan perlawanan terakhir di Saturday Night's Main Event di Washington DC, menunjukkan aksi 'tap out' dalam detik penuh emosi.
- Cena menerima penghormatan daripada peminat dan rakan sekerja WWE selepas perlawanan, dengan beberapa bintang WWE menyerahkan tali pinggang kejuaraan mereka sebagai tanda hormat kepada ikon gusti itu.
- Cena, yang juga seorang pelakon terkenal, memilih untuk bersara daripada gelanggang WWE pada 2025, selepas memenangi gelaran juara dunia WWE sebanyak 17 kali dan menyumbang kepada badan amal Make-A-Wish dengan penuh dedikasi.
Gunther, juara heavyweight WWE dua kali, muncul pemenang perlawanan, namun tumpuan kekal terarah kepada Cena yang berdiri lama di tengah gelanggang, menunduk dan meluahkan rasa terima kasih kepada peminat yang setia mengikutinya selama lebih dua dekad.
Detik penghormatan menyusul apabila beberapa bintang WWE tampil ke gelanggang, termasuk Juara Dunia Heavyweight CM Punk dan Juara Undisputed WWE Cody Rhodes yang menyerahkan tali pinggang kejuaraan mereka kepada Cena sebagai tanda hormat, sebelum beliau menyerakannya semula kepada mereka.
Selain itu, Ketua Pegawai Kandungan WWE, Paul “Triple H” Levesque, turut mempersembahkan montaj video khas perjalanan karier Cena.
Tanpa ucapan perpisahan panjang, Cena memilih bahasa simbolik gusti profesional dengan menanggalkan wristband dan kasutnya lalu meninggalkannya di atas gelanggang, sebelum berjalan keluar gelanggang, berpaling buat kali terakhir dan memberi tabik hormat kepada kamera serta jutaan peminat.
Reaksi penonton bercampur-baur, manakala di media sosial, ramai melihat 'tap out' itu bukan sebagai penyerahan, tetapi lambang penerimaan dan penutup sempurna buat seorang legenda yang telah membentuk satu generasi peminat WWE.
Pelbagai liku dilalui Cena sepanjang tahun terakhirnya bersama WWE, termasuk detik mengejutkan apabila beliau melakukan 'heel turn' (bertukar kepada watak jahat) sewaktu acara Elimination Chamber pada Mac lalu.
Namun, dia kembali sebagai ‘babyface’ (watak baik) menjelang Summerslam 2025, iaitu satu perubahan yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.
Cena, 48, pada 7 Julai tahun lalu, mengumumkan persaraannya daripada gelanggang gusti pada 2025.
Pengumuman tersebut dibuat ketika beliau muncul di acara WWE Money in the Bank 2024 di Toronto, Ontario di Kanada pada Ahad.
Cena memaklumkan, persembahan terakhirnya di gelanggang WWE pada tahun 2025 ini adalah sebagai sebahagian daripada 'jelajah perpisahannya'.
Beliau yang sering dianggap sebagai 'the greatest of all time', telah meraih gelaran juara dunia WWE sebanyak 17 kali sejak menyertai organisasi itu pada tahun 2001.
Selain kerjaya gusti, Cena juga terkenal sebagai pelakon dengan membintangi beberapa filem besar termasuk The Marine, The Suicide Squad, Bumblebee, Fast & Furious 9, dan Teenage Mutant Ninja Turtles, termasuk siri TV, Peacemaker.
Beliau juga memegang Guinness World Record atas sumbangan beliau kepada badan amal Make-A-Wish, dengan menjadi selebriti paling banyak diminta oleh kanak-kanak yang menghidap penyakit kritikal.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah peristiwa terkini yang menandakan penamat karier John Cena dalam dunia gusti profesional WWE? A: Cena menamatkan karier gustinya dengan melakukan 'tap out' untuk kali pertama dalam kariernya selepas dikunci 'sleeper hold' oleh lawannya, Gunther, dalam perlawanan terakhirnya di Saturday Night's Main Event di Capital One Arena, Washington DC.
- Q: Apa tindakan simbolik yang diambil oleh John Cena selepas perlawanan terakhirnya? A: Cena menanggalkan wristband dan kasutnya serta meninggalkannya di atas gelanggang, sebelum berjalan keluar gelanggang, memberi tabik hormat terakhir kepada kamera dan peminat, sebagai tindakan perpisahan simbolik dalam gusti profesional.
- Q: Siapakah bintang WWE yang memberikan penghormatan kepada John Cena selepas perlawanan terakhirnya? A: Bintang WWE termasuk Juara Dunia Heavyweight CM Punk dan Juara Undisputed WWE Cody Rhodes hadir ke gelanggang untuk menyerahkan tali pinggang kejuaraan mereka kepada Cena sebagai tanda hormat, sebelum beliau menyerahkannya semula kepada mereka sebagai cara menghargai jasa beliau dalam dunia gusti.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

