awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 pelajar orang asli naik helikopter ke sekolah

Bernama
Bernama
28/01/2015
10:52 MYT
500 pelajar orang asli naik helikopter ke sekolah
Langkah membawa pelajar menaiki helikopter ke sekolah bertujuan mengelak mereka daripada tercicir persekolahan akibat terputus perhubungan. - Gambar Fail
Kira-kira 500 pelajar Orang Asli dari beberapa pos di pedalaman jajahan ini terpaksa dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini untuk ke sekolah di bandar itu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Datuk Hasnan Hassan berkata mereka adalah dari Pos Balar, Hau, Belatim, Simpor, Tohoi, Gob, Kampung Jader dan Kampung Dang Dut.
Beliau berkata langkah membawa pelajar itu menaiki helikopter ke sekolah bertujuan mengelak mereka daripada tercicir persekolahan akibat terputus perhubungan jalan darat sejak dua minggu lepas setelah banjir besar melanda negeri ini Disember lepas.
"Pelajar berkenaan diambil di setiap pos dan helikopter berkenaan mendarat di Padang Pusat Sivik sebelum dihantar ke sekolah menengah terbabit dengan bas dan tinggal di asrama.
"Sekolah menengah yang menempatkan mereka ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku, Tengku Bendahara dan SMK Tengku Indera Petra 2, katanya kepada pemberita di Pos Balar di sini, hari ini.
Hasnan berkata Jakoa bekerjasama dengan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menyelesaikan masalah perjalanan pelajar anak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana masalah perhubungan.
Menurutnya Jakoa komited untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar Orang Asli dengan menggalakkan mereka mengikuti pelajaran di sekolah.
"Kita akan mengambil langkah segera membaiki kemudahan jalan perhubungan yang rosak supaya masalah itu dapat diatasi secara berperingkat selepas ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Hasnan Hassan
#JAKOA
#Kelantan
#Orang Asli
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan