awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson

Bernama
Bernama
08/02/2026
16:46 MYT
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
Morgan McSweeney meletak jawatan sebagai Ketua Staf kepada Perdana Menteri Britain Keir Starmer selepas menerima kritikan hebat berikutan skandal Peter Mandelson. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Morgan McSweeney meletak jawatan sebagai Ketua Staf kepada Perdana Menteri Britain Keir Starmer selepas menerima kritikan hebat berikutan skandal Peter Mandelson, lapor PA Media/dpa.

Ringkasan AI
  • Morgan McSweeney letak jawatan sebagai Ketua Staf kepada Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, selepas skandal Peter Mandelson.
  • McSweeney mengakui kesilapan melantik Mandelson sebagai duta AS dan mengambil tanggungjawab penuh.
  • Peletakan jawatan McSweeney turut menggesa pembaikan prosedur tapisan kerana kegagalan menolak dakwaan pembohongan Mandelson.

McSweeney, yang merupakan orang kanan Perdana Menteri, sebelum ini berdepan desakan yang semakin meningkat daripada dalam Parti Buruh untuk mengundurkan diri.
Beliau dipersalahkan oleh banyak pihak kerana menyokong pelantikan sekutunya, Mandelson, sebagai duta ke Amerika Syarikat (AS) meskipun mengetahui hubungan lelaki itu dengan Jeffrey Epstein berterusan selepas pembiaya kewangan terbabit disabitkan dengan kesalahan seks kanak-kanak.
Kehilangan penasihatnya itu dianggap sebagai tamparan hebat buat Starmer, memandangkan masa depan politik beliau kini dalam bahaya ekoran persoalan mengenai pertimbangannya dalam memilih Mandelson sebagai diplomat tertinggi di Washington.
Dalam satu kenyataan, Starmer memuji "dedikasi, kesetiaan, dan kepimpinan" McSweeney yang membawa kepada kemenangan Parti Buruh dalam pilihan raya umum 2024, selain menyatakan "terhutang budi" kepadanya. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyentuh mengenai kemelut membabitkan Mandelson.
Sementara itu, McSweeney dalam kenyataan peletakan jawatannya mengakui keputusan melantik Mandelson adalah satu "kesilapan" dan beliau mengambil "tanggungjawab sepenuhnya" atas nasihat yang diberikan kepada Starmer untuk meneruskan pelantikan itu.
Beliau turut menggesa agar prosedur tapisan dibaik pulih memandangkan ia dilihat gagal menyangkal apa yang disifatkan oleh pejabat Starmer sebagai "pembohongan" Mandelson kononnya beliau tidak begitu mengenali Epstein.
Tahun lepas, Mandelson telah dipecat berikutan hubungannya dengan pesalah pedofilia terkemuka itu. Kemarahan di Westminster semakin memuncak selepas pendedahan dokumen terbaharu menunjukkan beliau membocorkan maklumat kepada rakannya itu ketika masih memegang jawatan menteri kerajaan.
McSweeney berkata:"Selepas pertimbangan teliti, saya memutuskan untuk meletak jawatan daripada kerajaan. Keputusan melantik Peter Mandelson adalah salah. Beliau telah merosakkan parti, negara, dan kepercayaan terhadap politik itu sendiri.
"Apabila diminta, saya menasihati Perdana Menteri untuk membuat pelantikan itu dan saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nasihat berkenaan. Dalam kehidupan awam, tanggungjawab mesti dipikul apabila ia amat penting, bukan hanya ketika ia mudah. Dalam keadaan ini, satu-satunya jalan terhormat adalah dengan mengundurkan diri," kata McSweeney.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skandal Mandelson
#Morgan McSweeney
#letak jawatan ketua staf
#Perdana Menteri Britain Keir Starmer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan