awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan sumbang AS$100,000 untuk bantuan banjir di Malaysia

Bernama
Bernama
28/01/2015
00:16 MYT
Korea Selatan sumbang AS$100,000 untuk bantuan banjir di Malaysia
Negeri Kelantan dijangka melalui proses pemulihan panjang akibat dilanda banjir teruk baru-baru ini. - Gambar fail
Korea Selatan hari ini menyumbang AS$100,000 (RM360,029) kepada Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) sebagai bantuan kemanusiaan berikutan banjir yang melanda negara baru-baru ini.
IFRC dalam satu kenyataan berkata Menteri dan Konsul Jeneral/Timbalan Ketua Misi Kedutaan Korea Selatan di Malaysia, Yoon Changyul, menyerahkan surat niat mengenai bantuan itu kepada ketua operasi IFRC untuk Asia Pasifik, Martin Faller, dalam satu majlis di pejabat IFRC di sini.
Dana itu akan digunakan untuk menyokong operasi bantuan yang dijalankan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), termasuk penghantaran segera penapis air bagi menyediakan air minuman bersih kepada penduduk Kampung Pasir Tumboh di Kelantan.
Katanya, barangan bantuan bukan makanan juga akan dikeluarkan dari gudang serantau IFRC di Klang bagi memenuhi keperluan komuniti yang sebelum ini tidak boleh diakses akibat banjir.
Pada minggu pertama Januari tahun ini, PBSM telah menghantar 120 tan barang bantuan termasuk 10,000 selimut untuk penduduk di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, kata IFRC.
Sejak bermulanya banjir, pejabat IFRC Zon Asia Pasifik bekerjasama rapat dengan PBSM dalam menyediakan sokongan teknikal ketika fasa bantuan kecemasan serta membantu pembiayaan kecemasan menerusi Tabung Kecemasan Bencana.
Topic Berkaitan
#banjir
#bantuan
#Kelantan
#Korea Selatan
#Malaysia
#Pantai Timur
#PSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan