awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
23/12/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Disember 2025.
1. Titah Adendum: Hormati keputusan mahkamah, elak keruhkan suasana - PM
Anwar berkata badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar, justeru keputusan yang dibuat oleh hakim perlu dihormati.
2. Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Aslam Zainuddin selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.
3. APMM temui 40 bungkus daun ketum terapung di perairan Pantai Leman
Hasil pemeriksaan mendapati 40 bungkusan plastik hitam disyaki mengandungi daun ketum dengan anggaran berat keseluruhan 400 kilogram.
4. SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
SPRM mengambil maklum dakwaan seorang aktivis semalam berhubung aliran masuk wang ke dalam akaun bank seorang pegawai kanan tentera.
5. Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Kebakaran yang mengorbankan seorang wanita dan anak angkatnya di Taman Rathna, Telok Air Tawar, Butterworth pada 10 Dis, dipercayai dilakukan oleh anak lelaki mangsa.
6. AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Jabatan Peguam Negara menegaskan dakwaan kononnya keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman berkaitan titah adendum telah mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.
7. CUEPACS gesa penilaian prestasi adil bagi pegawai berpengalaman
Penilaian prestasi dalam perkhidmatan awam perlu dilaksanakan secara adil, berintegriti dan menyeluruh, khususnyaa apabila membabitkan pegawai berpengalaman yang telah lama berkhidmat, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
8. Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP), Datuk Aliff Firdaus Abd Hadi menegaskan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wilayah Persekutuan, Asheeq Ali Sethi Alivi tidak perlu mencampuri urusan UMNO berhubung dakwaan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh yang didakwa bersikap pilih kasih dalam isu Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
9. Daftar Pemilih Tambahan November 2025 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2025 (DPT BLN11/2025) dibuka untuk semakan bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 21 Jan 2026, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus.
10. MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) memohon peruntukan RM20 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi memperkasakan program pembangunan sukan para negara pada tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#daun ketum
#Jabatan Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan