awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA

Bernama
Bernama
09/12/2024
21:15 MYT
AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Willie Walsh berkata, jumlah itu merupakan peningkatan kecil berbanding AS$1.8 bilion yang dilaporkan pada akhir April 2024.-Gambar fail/IATA
KUALA LUMPUR: Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024, demikian menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Jumlah itu merupakan peningkatan kecil berbanding AS$1.8 bilion yang dilaporkan pada akhir April 2024.
"Bagi tempoh enam bulan lepas, kita lihat pengurangan ketara dalam dana yang disekat di Pakistan, Bangladesh, Algeria dan Ethiopia," kata Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh dalam kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan untuk kerajaan-kerajaan menghapuskan semua halangan bagi syarikat penerbangan mengembalikan pendapatan daripada penjualan tiket dan aktiviti lain mengikut perjanjian antarabangsa dan obligasi perjanjian.
"Jika syarikat penerbangan tidak dapat menyerahkan pendapatan itu, (maka) mereka tidak boleh diharapkan untuk menyediakan perkhidmatan.
"Ekonomi akan terjejas jika kesalinghubungan menjadi lumpuh. Demi kepentingan semua, termasuk kerajaan, adalah penting untuk memastikan syarikat penerbangan dapat menyerahkan dana ini dengan lancar," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#IATA
#penjualan tiket
#syarikat penerbangan
#perjanjian antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan