awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PUNB lantik Rastam Mohd Isa pengerusi baharu
Sanusi tolak Pengerusi PN, cadang Ahmad Samsuri
Anak Tommy Lee Jones ditemui meninggal dunia di hotel mewah San Francisco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi

Bernama
Bernama
02/01/2026
06:15 MYT
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Osman menasihati penduduk di kawasan terbabit agar sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah persediaan menghadapi banjir. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 64 kampung di 13 muara sungai seluruh Terengganu dikhuatiri terjejas akibat fenomena air pasang tinggi yang dijangka berlaku dari 1 hingga 5 Jan ini.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu Ir Osman Abdullah berkata fenomena itu, yang dijangka mencecah antara 2.7 hingga 3.5 meter, boleh menyebabkan kawasan rendah, pantai serta muara sungai dilanda banjir.
Beliau berkata di daerah Kuala Terengganu, 15 lokasi dijangka terjejas iaitu Kampung Pulau Duyong, Pulau Rusa, Kampung Hiliran, Pulau Sekati, Pulau Ketam, Kampung Losong, Kampung Pulau Duyong Besar dan Taman Lembah Harapan, Kampung Kubang Ikan, Taman Tok Adis, Taman Chendering Utama, Taman Desa Setia, Kampung Laut, Kampung Sungai Derhaka dan Taman Desa MBKT.
"Di daerah Kuala Nerus, kawasan terjejas meliputi Kampung Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Kampung Baru Seberang Takir, Taman Permint Perdana dan Taman Tengku Ismail," katanya kepada Bernama hari ini.
Osman juga berkata di daerah Kemaman pula, lokasi dijangka terkesan termasuk Pulau Skepeng Kuala Kemaman, Pengkalan Cicar Bukit Kuang dan Kampung Bakau Tinggi.
Beliau turut menyenaraikan enam lokasi yang dijangka terjejas di daerah Setiu iaitu Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Fikri, Kampung Kuala Setiu dan Kampung Telaga Papan.
Di Dungun, lokasi dijangka dinaiki air termasuk Kampung Seberang Pintasan, Kampung Teluk Bidara, Kampung Tanjung Jara dan Kampung Che Lijah.
"Di daerah Besut pula, kawasan yang mungkin terkesan termasuk Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Pachakan," katanya.
Osman juga berkata antara kawasan terkesan di daerah Marang ialah Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua, Kampung Rhu Rendang dan Kampung Darat Pak Chan.
Sehubungan itu, beliau menasihati penduduk di kawasan terbabit agar sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah persediaan menghadapi banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air pasang
#terengganu
#banjir
#air pasang tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan