1 September depan menandakan 'tarikh keramat' bagi Malaysia Airlines (MAS) untuk memulakan era baharu dengan meninggalkan legasi lama yang menghantui syarikat penerbangan negara sekian lama, kata seorang Anggota Parlimen.
Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Anggota Parlimen Setiawangsa, berkata MAS setelah diberi talian hayat baharu bernilai berbilion ringgit, kini tiada opsyen kecuali bermula dengan ‘rekod bersih’, budaya kerja yang serba baharu untuk bersaing seiring dengan situasi industri penerbangan semasa yang semakin kompetitif.
Langkah-langkah drastik yang dilaksanakan di bawah penstrukturan semula membabitkan pengurangan tenaga kerja kepada 14,000 berbanding 20,000 sebelumnya, merasionalisasikan laluan dan merunding semula kontrak-kontrak pembekalan.
"Mulai 1 September, MAS Baharu akan dikenali sebagai Malaysia Airlines Bhd (MAB), dan beroperasi sebagai entiti komersial dan bukan lagi entiti kerajaan.
Bagi saya yang penting selepas 1 September ini, kita anggap MAS lama sudah pun terkubur dan dengan adanya MAS yang dinamakan semula, bermula era baharu bagi MAS yang mestilah berjalan dengan asas entiti komersial yang tidak lagi berbalik kepada kerajaan apabila mereka dilanda masalah," katanya kepada Bernama.
Ahmad Fauzi yakin sekiranya pengurusan dan kakitangan MAS memandang ke hadapan dan belajar daripada kesilapan-kesilapan lampau dan tidak mengulanginya, syarikat itu tidak akan gagal sekali lagi, untuk kita melangkah ke hadapan, bermula sebagai syarikat baharu dengan 'rekod bersih' dan budaya baharu.
Beliau juga berkata tenaga kerja MAS seramai 14,000 yang dikekalkan, harus bersyukur mereka masih mempunyai pekerjaan, dan menjadi tanggungjawab mereka kini untuk menyesuaikan diri secepat mungkin dengan suasana dan budaya kerja yang baharu dan lebih mencabar.
"Boleh tidak boleh, ia bukan opsyen lagi. Mereka mesti pandang ke depan. Yang 14,000 pekerja ini, mereka mempunyai tanggungjawab untuk menentukan MAS ini berjaya. Itu, pada saya yang paling penting," katanya.
"Saya nak bagi maklum kepada 14,000 pekerja MAS ini, kerajaan mempunyai keyakinan bahawa mereka dapat membawa balik MAS ini ke tahap kegemilangan lepas.”
Ahmad Fauzi berkata budaya bekerja kali ini, mestilah budaya kerja yang ada petunjuk prestasi utama (KPI), ada produktivitinya kerana sementara pekerja-pekerja MAS tanya apa MAS boleh bagi, tetapi MAS juga ingin tanya balik kepada pekerja-pekerja ini, apakah yang boleh mereka beri kali ini.”
Anggota Parlimen itu berkata sejak 2001 hingga 2014, kerajaan telah membelanjakan RM19.2 bilion untuk operasi MAS yang telah distrukturkan semula sebanyak tiga kali, namun MAS masih lagi mengalami kerugian. MAS ketika itu beroperasi bersandarkan kepada dana yang disuntik daripada kerajaan, tidak berasaskan kepada keuntungan daripada operasinya.
"Kerana disebabkan kerajaan memasukkan wang rakyat ini sebanyak RM19.2 bilion ini, maka sudah masanya kali ini, kerajaan tidak lagi mampu untuk membantu MAS, bantuan kerajaan kali ini mestilah dianggap bantuan kerajaan yang terakhir dan selepas ini, MAS mesti berdiri atas kaki sendiri," tambah beliau.
Menurut Ahmad Fauzi lagi buat masa ini persoalan sama ada kakitangan boleh mengubah mengikut budaya baharu itu tidak sepatutnya timbul. Penambahbaikan kepada pengoperasian MAS telah pun dan sedang dilakukan.
Ia bukan hanya melibatkan pengurangan para pekerja serta laluan, malah para pembekal juga telah menandatangani kontrak baharu bekalan dengan MAS. Kini kontrak berat sebelah bukan lagi satu bebanan.
Dengan ‘rekod bersih’, tanpa bebanan kerugian masa lampau, pihak pengurusan serta kakitangan MAS perlu memastikan bahawa pelan penstrukturan berjaya pada kali ini kerana tidak akan ada suntikan dana RM6 bilion lagi pada masa hadapan untuk menyelamatkan ikon negara ini, tegas beliau.
Di samping Christoph Mueller yang bakal menerajui MAB, terdapat beberapa pelantikan baharu dari luar yang akan mengetuai bahagian strategik operasi MAS.
“Sebagaimana Mueller telah membawa budaya kerja baharu kepada MAS, pelantikan baharu ini juga akan membawa masuk bukan hanya budaya yang berbeza dengan apa tenaga kerja MAS lalui semasa di MAS lama, ia bakal juga membawa kemasukan penggunaan teknologi baharu untuk menjadikan MAS lebih berdaya saing
dan kompetitif, setanding para pesaing yang lain,” kata Ahmad Fauzi.
“Permulaan “rekod baharu” ini sekali gus menyediakan budaya kerja baharu untuk semua orang, maknanya 14,000 pekerja ini perlu menerapkannya dengan pantas,” katanya.
Ahmad Fauzi berkata bantuan memulihkan MAS ini sudah berterusan selama lebih satu dekad dan setahu beliau tidak berlaku di negara lain. Ia perlu dilihat dari sudut bukan hanya kebaikan untuk 14,000 orang ini, malah untuk kebaikan syarikat dan juga rakyat Malaysia.
"Ada orang yang mengatakan kepada saya, seperti sebuah perumpamaan bahawa kita 'tidak boleh mengajar anjing tua perkara-perkara baharu', namun ini melibatkan manusia. Selagi mana ada keinginan untuk belajar, maka kita berkemampuan untuk merubah dan bertukar kepada yang lebih baik", katanya.
Bernama
Sun Aug 23 2015
Mulai 1 September, MAS Baharu akan dikenali sebagai Malaysia Airlines Bhd (MAB), dan beroperasi sebagai entiti komersial dan bukan lagi entiti kerajaan. -Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
1 Sept tarikh keramat bagi MAS bermula serba baharu, kata anggota Parlimen
Mulai 1 September, MAS Baharu akan dikenali sebagai Malaysia Airlines Bhd (MAB), dan beroperasi sebagai entiti komersial dan bukan lagi entiti kerajaan.