Skip to main content

Dunia

Iran dakwa AS uji senjata baharu ke atas orang awam

Iran pursues diplomatic path, but remains vigilant: spokesman
Menurut Esmaeil Baghaei (foto), serangan udara itu menyasarkan sebuah dewan sukan di bandar Lamerd, wilayah Fars pada petang 28 Februari 2026. -Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Kerajaan Iran mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) menguji sistem senjata baharu ke atas orang awam pada hari pertama konflik antara AS dan Israel dengan negara itu pada Februari lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei membangkitkan dakwaan tersebut menerusi hantaran di platform X hari ini, susulan taklimat bersama Ahli Parlimen wilayah Fars, Mousa Mousavi.

 

 

Menurut beliau, serangan udara itu menyasarkan sebuah dewan sukan di bandar Lamerd, wilayah Fars pada petang 28 Februari 2026.

Pada hari sama, sebuah sekolah di Minab turut dilaporkan diserang menggunakan peluru berpandu Tomahawk.

Insiden di Lamerd didakwa mengorbankan 24 orang awam termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun serta beberapa remaja pemain bola tampar.

Lebih 130 individu dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Baghaei turut mendakwa serangan itu melibatkan penggunaan Peluru Berpandu Serangan Tepat (PrSM) dengan mod letupan udara (airburst), yang meletup sebelum impak.

Menurutnya, letupan itu melepaskan kira-kira 180,000 pelet tungsten berkelajuan tinggi ke pelbagai arah, menyebabkan kemusnahan besar terhadap bangunan dan kawasan sekitarnya.

Pihak Iran menegaskan sasaran terhadap kemudahan awam seperti dewan sukan menunjukkan tindakan terancang untuk menguji keberkesanan senjata baharu.

Baghaei berkata tindakan itu merupakan satu pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menuntut pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

 

Must Watch Video

Advertisement