awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100,000 Veteran ATM disasar jadi usahawan digital di MyVeteranMall

Dagang News
Dagang News
13/12/2021
00:00 MYT
100,000 Veteran ATM disasar jadi usahawan digital di MyVeteranMall
Sekitar 100,000 Veteran ATM disasar jadi usahawan digital di MyVeteranMall. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disasar menjadi usahawan digital menerusi aplikasi MyVeteranMall yang disediakan khas buat mereka dan ahli keluarga.
Aplikasi itu adalah inisiatif Kementerian Pertahanan menerusi Jabatan Hal Ehwal Tentera (JHEV) ATM dengan kerjasama MIDC Technology Sdn Bhd yang bertujuan untuk memberikan kemudahan dan peluang keusahawanan secara digital kepada komuniti Veteran ATM bagi menambah baik status sosio-ekonomi mereka melalui pelbagai aktiviti seperti e-Info, e-Dagang dan e-Servis.
MyVeteranMall ini dibangunkan dan diurus oleh MIDC Technology Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Edaran Bhd, pembekal utama perkhidmatan dan penyelesaian IT negara.
MIDC Technology akan menyedia dan mengurus khidmat bayaran elektronik dan transaksi dalam talian termasuk memudahkan e-Dagang, e-Servis dan lain-lain perkhidmatan atas talian yang ditawarkan MyVeteranMall.
Edaran dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengajar para veteran mengenai sistem cara menguruskan kedai maya mereka selain cara meletakkan harga serta menggunakan kemudahan yang disediakan dalam sistem itu.
Katanya, sistem yang digunakan adalah lebih mudah berbanding platform e-Dagang lain yang berada di pasaran dan ia tidak melibatkan penyertaan orang awam.
"Sekarang ini kami sedang dalam fasa menarik mereka untuk berniaga di sini.
"Sasaran awal kami adalah 100,000 orang, tetapi hakikatnya jumlah Veteran ATM melebihi jumlah itu.
"Buat masa ini ada lebih 500 usahawan di dalam MyVeteranMall dengan hampir 700 barang diniagakan.
"Edaran akan memberikan latihan sepenuhnya bermula daripada penyediaan kedai hingga proses penghantaran.
"Sebahagian daripada hasil diperoleh mereka akan dimasukkan ke Tabung Pahlawan," katanya bersempena dengan Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
MyVeteranMall dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz pada 30 November lalu.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Veteran Angkatan Tentera Malaysia
#Kementerian Pertahanan
#MyVeteranMall
#MIDC Technology Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan