awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB bayar kompaun pentadbiran oleh Bank Negara

Bernama
Bernama
25/05/2016
07:25 MYT
1MDB bayar kompaun pentadbiran oleh Bank Negara
Bank pusat pada 28 April, mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB, kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengesahkan hari ini ia telah membuat bayaran penuh kompaun pentadbiran, dalam mematuhi keputusan Bank Negara Malaysia (BNM).
Tarikh akhir bagi pembayaran itu ialah pada 30 Mei.
1MDB dalam satu kenyataan berkata ia menerima dan menghormati kuasa dan keputusan BNM untuk mengenakan kompaun pentadbiran kerana gagal mematuhi arahan tertentu dan penamatan siasatan ke atasnya.
BACA: Beri masa 1MDB struktur syarikat - Gabenor Bank Negara
Bank pusat pada 28 April, mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB, kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Ini termasuk keperluan bagi 1MDB untuk menghantar balik wang yang dikirim ke luar negara berikutan pembatalan tiga kelulusan yang diberikan oleh BNM kepada 1MDB masing-masing pada 2009, 2010 dan 2011.
BNM berkata 1MDB juga gagal mengemukakan bukti dan dokumen yang ditetapkan oleh bank itu untuk memberikan alasan yang kukuh berhubung ketidakupayaan untuk mematuhi sepenuhnya arahan penghantaran balik tersebut.
Topic Berkaitan
#1mdb malaysia
#1mdb news
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan