1Malaysia Development Bhd (1MDB) yakin dapat menandatangani tiga perjanjian untuk menjual aset tenaga, tanah dan ekuitinya menjelang akhir tahun ini yang akan mengumpul dana bagi mengurangkan dengan banyak hutangnya yang berjumlah RM42 bilion.
"Jumlah ketiga-tiga transaksi itu boleh menyebabkan hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion dikurangkan atau dibayar balik dalam tempoh tertentu," kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.
1MDB menjangka dapat mengumpul RM16 bilion daripada jualan ekuiti dalam Edra Global Energy Bhd, RM16 billion daripada pertukaran ekuiti hutang dengan dana kekayaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company dan RM10 hingga RM11 bilion daripada jualan tanah dan ekuiti di Bandar Malaysia.
"Sudah tentu, seperti biasa wang tunai akan diperolehi dalam tempoh berkenaan. Berdasarkan perjanjian, sasaran kami ialah menyelesaikanya menjelang akhir tahun ini," kata Arul Kanda dalam program khas bertajuk 'Bernama TV dengan Arul Kanda' dihoskan Suriati Sanusi bersama Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita Ekonomi), Mikhail Raj Abdullah.
Program itu akan disiarkan di Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com. pada jam 10 malam ini.
Arul Kanda berkata, lebih 80 peratus hutangnya adalah dalam jangka panjang, manakala hutang jangka pendek akan diuruskan melalui hasil jualan Edra Energy.
"Jika anda bercakap dengan saya pada akhir bulan, pada ketika itu kami boleh boleh mendedahkan hasil proses jualan Edra Energy kami," katanya ketika ditanya sama ada 1MDB akan mampu memperoleh harga yang baik daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana perjanjian pembelian tenaga oleh pengeluar tenaga bebas itu akan tamat dalam tempoh yang agak pendek.
Berikutan itu, penganalisis berkata, TNB tidak perlu membayar lebih daripada RM8 bilion untuk aset tenaga terbabit.
Arul Kanda berkata, 11 pihak telah berminat membeli ekuiti dalam Edra Energy dan 1MDB telah mengurangkannya kepada tiga pembida yang telah menyerahkan cadangan akhir dan terikat, termasuk TNB, serta dua entiti asing lain.
Ketika ini, stesen tenaga Edra Energy sedang beroperasi, menjana pendapatan hampir RM5.0 bilion, katanya.
Arul Kanda berkata, 1MDB juga telah menjual tanah bernilai RM1.3 bilion di Tun Razak Exchange (TRX) tahun ini.
Menurutnya, beberapa petak utama tanah berkenaan dijual kepada pemaju tanah terkemuka Indonesia, Mulia Group, di samping Affin Bank, Lembaga Tabung Haji dan rakan kongsi usaha samanya, pemaju hartanah disenarai di Australia, Lend Lease.
1MDB, pemaju induk TRX, membelanjakan hampir RM3.0 bilion untuk pembangunan infrastruktur yang termasuk sambungan terus ke beberapa lebuh raya dari kawasan terbabit, katanya.
Stesen Transit Rapid Massa (MRT) yang akan dibina di TRX akan menjadi yang terbesar di antara tujuh stesen bawah tanah MRT di sepanjang laluan Sungai Buloh-Kajang dan akan kemudian disambungkan ke Serdang dan Putrajaya.
Arul Kanda berkata, kerajaan telah memberi insentif cukai kepada syarikat terbabit untuk beroperasi di TRX yang dijangka muncul sebagai daerah kewangan antarabangsa di Kuala Lumpur.
Bernama
Wed Oct 28 2015
Menurut 1MDB, lebih 80 peratus hutangnya adalah dalam jangka panjang, manakala hutang jangka pendek akan diuruskan melalui hasil jualan Edra Energy.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
AWANI Ringkas: Media Malaysia tidak bincang isu sensitif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Indeks Kebebasan Media: Tidak wajar guna acuan mana-mana negara - Ahmad Zahid
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) tidak seharusnya menggunakan acuan mana-mana negara sebagai piawaian.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.