awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 koperasi kredit berdepan tindakan pembubaran - Hamzah

Bernama
Bernama
16/07/2016
23:38 MYT
22 koperasi kredit berdepan tindakan pembubaran - Hamzah
HAMZAH: Terdapat koperasi yang menganiaya orang ramai dalam bentuk pinjaman yang ditawarkan.
Sebanyak 22 lagi koperasi kredit berdepan tindakan pembubaran sekiranya didapati melanggar Akta Koperasi 1993 Pindaan 2007) (Akta 502), tegas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata koperasi berkenaan berdepan dengan tindakan tersebut antara lain disebabkan tidak lagi aktif selain melakukan aktiviti bercanggah dengan undang-undang termasuk ceti haram.
"Selain along, koperasi berkenaan menganiaya orang ramai dalam bentuk pinjaman yang ditawarkan.
"Sebagai contoh, kami menerima laporan ada peminjam buat pinjaman RM10,000 tetapi terima RM8,000. Kemudian bila nak selesaikan bayaran jumlah yang perlu dibayarnya RM12,000, jadi ini tak betul kerana akhirnya keseluruhan pinjaman berjumlah RM14,000," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 2016 sempena Program Kepenggunaan Parlimen Larut di sini pada Sabtu yang dihadiri lebih 5,000 orang.
Hamzah memberi jaminan siasatan ke atas 22 koperasi akan dijalankan secara terperinci dan adil bagi memastikan tidak ada mana-mana pihak menjadi mangsa.
Menurut Hamzah, sejak tahun lalu sehingga kini terdapat kira-kira 10,000 aduan diterima daripada orang ramai mengenai pelanggaran peraturan dilakukan koperasi kredit.
Selain itu, beliau berkata pihaknya melihat kemungkinan untuk mengecilkan jumlah koperasi kredit di negara ini daripada 596 yang sedia ada, agar ia dapat beroperasi dengan mampan dan mengelak penipuan.
Pada 29 Jun lalu, Hamzah menerusi kenyataan mengumumkan 12 koperasi kredit telah diperaku untuk dibubarkan pendaftaran mereka berkuat kuasa hari yang sama.
Pembubaran itu bagi mengelak pihak tertentu menggunakan koperasi berkenaan sebagai saluran untuk menyalurkan dana dalam jumlah yang besar dan membuka lebih banyak 'open credit co-operative' yang akan menjejaskan imej aktiviti kredit yang dijalankan oleh koperasi tulen.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainuddin
#koperasi
#tidak aktif
#tindakan pembubaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan