Skip to main content

Dunia

Pelombong arang batu terperangkap dibawa naik ke paras selamat di Luhansk

A satellite image shows the Bobrykivske gold mine in occupied Luhansk, eastern Ukraine, in this handout image taken on June 12, 2024. Vantor/Handout via REUTERS
- Foto REUTERS

MOSCOW: Pelombong yang terperangkap di sebuah lombong arang batu di Wilayah Luhansk, selepas gangguan bekalan elektrik yang berpunca daripada serangan dron Ukraine ke atas pencawang, dibawa naik ke paras yang selamat, menurut perkhidmatan akhbar kerajaan pada Isnin, lapor Xinhua.

"Pelombong di Lombong Bilorichenska berjaya dibawa naik ke paras yang selamat. Komunikasi dengan pelombong masih diteruskan dan bekalan udara ke dalam lombong dipastikan terjamin," menurut kenyataan itu lagi.

Advertisement

Bekalan kuasa dijangka pulih pada sebelah petang dan selepas itu semua pelombong akan dibawa naik ke permukaan, kata Yuriy Govtvin, ketua ibu pejabat keselamatan bekalan kuasa wilayah itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video