awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

29 permohonan geran automasi pintar berjumlah RM3.13 juta diluluskan - MITI

Bernama
Bernama
19/11/2020
13:05 MYT
29 permohonan geran automasi pintar berjumlah RM3.13 juta diluluskan - MITI
Geran Automasi Pintar yang diuruskan oleh MDEC ini merupakan bantuan kewangan dan bentuk geran padanan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan mengautomasikan proses serta operasi perniagaan mereka dengan penggunaan teknologi digital.
KUALA LUMPUR:Sebanyak 430 jumlah permohonan Geran Automasi Pintar atau Smart Automation Grant (SAG) diterima dan daripada jumlah itu sebanyak 29 permohonan telah diluluskan setakat 15 Oktober, 2020 yang melibatkan jumlah sebanyak RM3.13 juta, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Selain itu, sebanyak 61 permohonan lagi sudah diproses manakala 369 permohonan masih dalam proses penilaian.
MITI berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Wong Shu Qi (PH-Sabak Bernam) mengenai jumlah permohonan Geran Automasi Pintar yang telah diterima serta permohonan dan geran yang telah diluluskan.
MITI menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah diberi peruntukan sebanyak RM10 juta daripada jumlah RM100 juta bagi tahun 2020 untuk mengurus Geran Automasi Pintar atau Smart Automation Grant (SAG) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
Geran Automasi Pintar yang diuruskan oleh MDEC ini merupakan bantuan kewangan dan bentuk geran padanan untuk syarikat-syarikat perkhidmatan mengautomasikan proses serta operasi perniagaan mereka dengan penggunaan teknologi digital.
"Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan syarikat tempatan memanfaatkan teknologi digital untukmeningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi dan kebergantungan kepada proses manual.
"Mekanisme pelaksanaan geran ini melibatkan kerjasama institusi kewangan serta rakan industri iaitu syarikat telekomunikasi dan pakar industri," kata MITI.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#ekonomi
#PENJANA
#Geran Automasi Pintar
#Smart Automation Grant
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan