awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF

Bernama
Bernama
14/04/2025
07:00 MYT
30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF
MIDF Amanah turut menyemak semula sasaran FBM KLCI 2025 kepada 1,590 mata daripada 1,670 mata sebelum ini susulan jangkaan peningkatan risiko makro akibat pelaksanaan tarif Amerika Syarikat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan 30 saham-saham mewah kekal tidak berubah dalam tinjauan separuh pertama FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI akan datang pada Jun tahun ini.
Dalam kenyataannya hari ini, bank pelaburan itu berkata ini juga berkemungkinan merupakan semakan pertama dalam tempoh tiga tahun tanpa mencatat sebarang perubahan.
"Kami meneliti senarai konstituen selepas pasaran ditutup pada Jumaat dan berpendapat bahawa 30 saham mewah teratas semasa itu tidak berubah bagi tinjauan Jun 2025," katanya.
Bank pelaburan itu berkata Gamuda dan 99 Speed Mart Retail Holdings yang disenaraikan dalam FBM KLCI menerusi tinjauan pada Disember 2024, telah mengekalkan kedudukan baik dalam indeks dengan Gamuda di tempat ke-20 manakala 99 Speed Mart di kedudukan ke-26.
Menurutnya, tiada saham lain yang mencatat peningkatan atau susut ke tahap nilai ambang bagi tujuan penyenaraian atau dinyahsenarai sepertimana ditetapkan dalam peraturan.
"Walaupun senarai simpanan itu kekal sama, kami menjangkakan tinjauan akan datang itu akan menyaksikan kemasukan KPJ Healthcare bagi menggantikan Malaysia Airports Holdings yang dinyahsenarai baru-baru ini," katanya.
Dalam pada itu, MIDF Amanah turut menyemak semula sasaran FBM KLCI 2025 kepada 1,590 mata daripada 1,670 mata sebelum ini susulan jangkaan peningkatan risiko makro akibat pelaksanaan tarif Amerika Syarikat.
Pada masa sama, ia juga menjangkakan penilaian ekuiti sebagai kekal kurang memberangsangkan.
"Bagaimanapun, kami kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia akan terus sihat walaupun unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) disemak turun pada 4.0 peratus.
"Seiring itu, kami berpendapat FBM KLCI kekal mencatat pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun sebanyak 5.6 peratus pada 2025 yang masih sihat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fbm klci
#Bursa Malaysia
#MIDF
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan