PETALING JAYA: Julung kali diadakan, The Edge ESG Awards menyaksikan sebanyak 65 anugerah diberikan kepada 44 syarikat terdiri daripada syarikat senaraian awam (PLC) dan firma pengurusan aset yang menjadi peneraju kepada amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di dalam negara.
Anugerah meliputi dua kategori utama, iaitu ekuiti dan dana.
Kategori ekuiti adalah hasil kerjasama bersama Bursa Malaysia dan FTSE Russell dan dianugerahkan kepada PLC berprestasi cemerlang menggunakan metodologi FTSE.
Manakala kategori dana dilaksanakan bersama rakan kongsi pengetahuan (kategori dana), Morningstar dan dianugerahkan kepada firma pengurusan aset berprestasi terbaik menggunakan metodologi mereka.
Antara pemenang besar dalam anugerah berkenaan ialah Sunway Bhd yang merangkul anugerah ‘Long-Term Achiever Award’ yang merupakan anugerah istimewa di bawah kategori ekuiti.
Bermaz Auto Bhd, Fraser & Neave Holdings Bhd, dan Malaysian Pacific Industries Bhd pula telah diiktiraf sebagai ‘Top Three Performers in ASEAN’.
Di bawah kategori dana, BIMB-Arabesque Global Shariah-ESG Ai Technology Fund (MYR) merangkul anugerah emas dalam ‘Best Overall Winner’ sementara Principal Global Sustainable Growth Fund (USD) menerima anugerah perak.
Sementara itu, Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan The Edge Media Group, Datuk Ho Kay Tat berkata, momentum dan tekanan ke atas perniagaan untuk mengguna pakai ESG perlu diperkasakan.
“Jika perniagaan mengabaikan ESG, mereka berisiko terputus daripada rantaian bekalan atau dilupuskan oleh pelabur utama.
"Mereka juga mungkin mendapati perniagaan tidak bersedia untuk risiko masa depan seperti banjir akibat perubahan iklim.
“Sebaliknya, prinsip ESG adalah penting untuk membangunkan syarikat yang kukuh dan berdaya tahan.
"Menjadi syarikat mempunyai nilai jangka masa panjang kepada pemegang saham, pengguna, dan pihak berkepentingan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada majlis makan malam The Edge ESG Awards 2022, di sebuah hotel, di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Kay Tat menambah, anugerah tersebut juga menggalakkan lebih ramai syarikat di dalam negara untuk menerapkan amalan ESG ke dalam perniagaan mereka.
“Melalui anugerah ini, kami menyasarkan untuk mengiktiraf syarikat di Malaysia yang menerajui dalam mengamalkan amalan ESG dengan baik.
"Ini adalah syarikat yang telah berjaya memastikan keseimbangan yang betul antara keuntungan dan amalan perniagaan terbaik.
“Dengan mengiktiraf mereka, kami berharap dapat menggalakkan lebih banyak syarikat Malaysia untuk melakukan yang lebih baik dan belajar daripada satu sama lain,” ujarnya.
The Edge ESG Awards dianjurkan dengan kerjasama Bursa Malaysia Bhd dan FTSE Russell, manakala Morningstar sebagai rakan kongsi pengetahuan untuk kategori dana dan Deloitte sebagai juruaudit, serta rakan kongsi utama anugerah, UOB Malaysia dan Astro AWANI sebagai penyiar rasmi.
Ehsan A Marisah
Tue Nov 29 2022
Kesemua pemenang anugerah utama bagi kategori ekuiti di The Edge ESG Awards 2022. - Foto Astro AWANI
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
CEO, pemilik syarikat direman bantu siasatan
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat yang dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu berkaitan kes RM3.3 juta, direman tiga hari hingga Jumaat.
Terdapat petanda baik bagi calon PN - Saifuddin
Perikata Nasional percaya terdapat tanda-tanda positif yang menunjukkan sokongan luar jangka terhadap calon mereka, Khairul Azhari Saut, dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang sedang berlangsung.
25 rumah kongsi musnah di Pulau Perhentian
Sebanyak 25 rumah kongsi yang didiami lebih 80 buruh binaan musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian pada Rabu. Pihak bomba menaiki bot dari Kuala Besut ke lokasi kejadian yang terletak 30 kilometer dari darat.
Lelaki nekad pandu Kenari keliling dunia
Seorang lelaki dari Sarawak, Jack Voon Kuet Fei, 47, memulakan misi solo mengelilingi dunia pada Rabu dengan menaiki sebuah Perodua Kenari yang dijangka akan mengambil masa tiga tahun.
10 Berita Pilihan - (01 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
Program Soal Jawab Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengulas pelbagai perkara termasuk pengumuman Hari Pekerja serta isu-isu semasa yang mendepani rakyat dan negara.
#MalaysiaMADANI #AWANInews
#MalaysiaMADANI #AWANInews
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Terima anugerah Reader's Digest buat kali kelima, Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Kemas
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang meraih Anugerah Jenama Paling Dipercayai buat kali kelima bagi kategori Pu
44 syarikat terima penghargaan amal prinsip ESG terbaik
Anugerah ini melibatkan dua kategori utama, iaitu kategori ekuiti dan dana.