KUALA LUMPUR: Sebanyak 47% responden di rantau Asia Pasifik masih belum menghasilkan pelan untuk mengurangkan pelepasan karbon mereka, menurut laporan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC) dan firma perkhidmatan professional, PwC.

Kaji selidik dalam kalangan 1,000 profesional kewangan senior di seluruh dunia itu mendedahkan, 69% respoden tersebut tidak ada rancangan pun untuk membangunkan pelan pelepasan.

Ia dibandingkan dengan angka global sebanyak 46% responden yang belum menyediakan pelan pelepasan dan 70% daripada mereka menyatakan tidak ada hasrat membangunkan pelan.

Laporan berkenaan juga menyatakan bahawa penglibatan ketua pegawai kewangan (CFO) dan pasukan kewangan di dalam perancangan pengurangan pelepasan berkemungkinan mempercepatkan kemajuan.

Mereka seharusnya melaksanakannya, walaupun mereka tidak mungkin lazimnya menjadi `pemilik’ agenda kelestarian, CFO boleh memasukkan keutamaan peralihan iklim ke dalam perancangan perniagaan dan peruntukan sumber, dan membolehkan laporan kelestarian berkualiti tinggi secara dalaman dan luaran.

Kaji selidik tersebut juga menyarankan agar pasukan kewangan perlu membangunkan kemahiran dan kepakaran untuk terus meningkatkan sumbangan mereka terhadap peralihan iklim.

Bagi CFO, menyeimbangkan keutamaan operasi berjangka pendek pasukan kewangan dan pada masa sama, meningkatkan kemahiran dan melengkapkan pasukan bagi menyokong inisiatif sifar karbon organisasi yang lebih luas berjangka panjang kini adalah cukup kritikal kepentingannya.

Ketua Eksekutif ACCA, Helen Brand berkata, kerjaya perakaunan dan kewangan mampu membolehkan organisasi untuk mencapai cita-cita sifar karbon secara adil dan inklusif.

"Dengan bermulanya COP28, laporan ini adalah berperanan sebagai seruan untuk akauntan professional di mana sahaja memainkan peranan mereka di dalam membantu organisasi mereka mengurangkan pelepasan karbon dan menyokong peralihan iklim," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Presiden IFAC, Asmaa Resmouki pula berkata, kemahiran perakaunan dan profesional kewangan di dalam memerangi perubahan iklim ini adalah sangat penting jika mahu kemajuan yang amat diperlukan.

"Laporan ini menggabungkan kajian IFAC sebelum ini terhadap pendedahan korporat mengenai matlamat pelepasan dan pelan peralihan bagi melaksanakannya. Syarikat-syarikat perlu menambah baik kegunaan keputusan pelan peralihan mereka dan bagaimana mereka menyampaikannya kepada pihak-pihak berkepentingan," katanya.

Menurut Ketua Transformasi Kewangan PwC, David Russell laporan itu mengetengahkan jurang kritikal yang mana wujud perniagaan yang tidak memiliki peta jalan yang jelas untuk memenuhi sasaran pelepasan mereka dan keupayaan bagi menyukat dan melaporkan kemajuan terhadap sasaran mereka. - DagangNews.com