Skip to main content

Malaysia

Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga 7 malam

41709874678_hujanlebat.jpg
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selain lapan negeri hingga 7 malam ini. - Gambar fail/hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya selain lapan negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan negeri Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena serta Padang Terap.

Advertisement

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut) serta Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang).

Kawasan terjejas di Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.

Sementara itu di Sarawak, kawasan yang terkesan ialah Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu serta Miri (Subis, Beluru dan Marudi).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid dan Beluran) serta Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video