awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

80 buah rumah terjejas akibat banjir kilat di Sungai Buloh

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2025
00:45 MYT
80 buah rumah terjejas akibat banjir kilat di Sungai Buloh
Sepasukan BBP Bukit Jelutong dikejarkan ke Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh dalam kejadian banjir kilat, pada Rabu. - Foto Bomba Selangor
SUNGAI BULOH: Sebanyak 80 buah rumah di Kampung Paya Jaras Hilir di sini terjejas banjir kilat pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 6.31 pagi.
"Komander operasi yang tiba di lokasi mendapati banjir berkedalaman kira-kira 0.9 meter melibatkan 80 buah rumah.
"Bagaimanapun, banjir semakin surut dan tiada pemindahan mangsa dilakukan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sementara itu dalam kejadian berlainan, sepasukan BBP Bukit Jelutong juga dikejarkan ke Jalan Industri 4, Kampung Baru Sungai Buloh selepas menerima panggilan banjir kilat pada jam 5.01 pagi.
Kata Ahmad Mukhlis, enam buah rumah terjejas banjir yang berkedalaman kira-kira 0.6 meter.
"Tiada permindahan mangsa yang dilakukan kerana penduduk tidak mahu berpindah. Air menunjukkan trend penurunan," ujarnya. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#banjir kilat
#Kampung Paya Jaras Hilir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan