awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

96 syarikat perkilangan bakal diiktiraf kilang pintar menjelang akhir 2025 - MITI

Bernama
Bernama
11/11/2025
21:00 MYT
96 syarikat perkilangan bakal diiktiraf kilang pintar menjelang akhir 2025 - MITI
Sebanyak 96 syarikat perkilangan dijangka menerima pengiktirafan sebagai kilang pintar menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 96 syarikat perkilangan dijangka menerima pengiktirafan sebagai kilang pintar menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Ringkasan AI
  • MITI menjangka 96 syarikat perkilangan akan diiktiraf sebagai kilang pintar menjelang akhir tahun ini, berdasarkan kemajuan program transformasi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
  • Program Smart Tech-Up yang diperkenalkan pada Disember 2024 menjadi pemacu utama kepada peningkatan syarikat yang beralih kepada sistem pengeluaran pintar, dengan 21 kilang telah dikenal pasti sebagai kilang pintar sehingga 24 Okt, 2025.
  • Transformasi industri melalui NIMP menunjukkan peningkatan nilai tambah sektor pembuatan sebanyak 3.7 peratus pada suku kedua 2025, dengan jumlah pekerja dalam sektor pembuatan meningkat kepada 2.85 juta orang dan gaji penengah meningkat 5.4 peratus dari 2023 ke 2024.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Selasa, kementerian itu berkata sasaran berkenaan berdasarkan kemajuan beberapa program transformasi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) yang telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu.
Menurut MITI, program Smart Tech-Up yang diperkenalkan pada Disember 2024, menjadi pemacu utama kepada peningkatan bilangan syarikat yang bersedia beralih kepada sistem pengeluaran pintar.
"Sehingga 24 Okt, 2025, sebanyak 21 kilang telah dikenal pasti sebagai kilang pintar (di bawah Program Smart Tech Up), manakala 71 daripada 196 syarikat yang mendaftar di dalam program itu sedang menjalani beberapa peringkat pelaksanaan ke arah transformasi menjadi kilang pintar," kata kementerian berkenaan.
Bagi kohort pertama, MITI menyasarkan sekurang-kurangnya 40 syarikat akan menjadi kilang pintarmenjelang suku ketiga 2026 di bawah program berkenaan.
MITI menjawab pertanyaan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang meminta kementerian menyatakan pencapaian terkini NIMP 2030 selepas dua tahun pelaksanaannya serta bilangan syarikat yang telah beralih kepada teknologi pembuatan automasi dan diiktiraf sebagai syarikat pintar.
Sementara itu, MITI berkata di bawah program pengiktirafan kilang pintar untuk syarikat pembuatan termasuk sektor automotif, sebanyak lima syarikat telah mendapat penarafan kilang pintar sehingga 24 Okt, 2025.
Kementerian itu turut menjelaskan bahawa transformasi industri melalui NIMP menunjukkan perkembangan yang konsisten termasuk peningkatan nilai tambah sektor pembuatan sebanyak 3.7 peratus pada suku kedua 2025.
"Bilangan guna tenaga dalam sektor pembuatan meningkat sebanyak 27,000 orang pada suku kedua 2025 kepada 2.85 juta berbanding 2.83 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
"Gaji penengah (median) dalam sektor yang sama meningkat daripada RM2,360 pada 2023 kepada RM2,490 pada 2024 dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.4 peratus," tambah MITI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITI
#syarikat perkilangan
#kilang pintar
#NIMP 2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan