KUALA LUMPUR: Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour adalah calon yang tepat dan paling sesuai untuk menjadi peneraju bank pusat negara, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Pada Jumaat, bank pusat mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Abdul Rasheed sebagai Gabenor untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2028.
"Beliau adalah calon yang tepat dan paling sesuai. Beliau akan berjaya dalam memacu kestabilan monetari dan kewangan negara," katanya kepada Bernama.
Selain itu, etika kerja Abdul Rasheed yang kuat, pendekatan kolaboratif dan inklusif telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada bank dan negara, kata Muhammad.
Beliau berkata tanggungjawab seorang pegawai bank pusat sentiasa mencabar berdasarkan keperluan untuk mengimbangi kepentingan pelbagai pihak berkepentingan dalam persekitaran kewangan dan ekonomi global yang semakin mencabar.
Muhammad menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor pada 2016.
Dua tahun kemudian, pada 1 Julai 2018, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus dilantik sebagai Gabenor. Tempoh perkhidmatan beliau tamat pada 30 Jun 2023.
Sementara itu, Nor Shamsiah dalam kenyataan berkata beliau yakin Abdul Rasheed merupakan pilihan yang tepat untuk menerajui bank sebagai Gabenor, setelah bertahun-tahun bekerjasama rapat dengannya.
"Saya yakin dengan keupayaan beliau untuk memimpin bank bagi terus memenuhi mandat bank iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Pada Jumaat, bank pusat mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Abdul Rasheed (gambar) sebagai Gabenor untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2028. - Fail/Bernama
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
[EKSKLUSIF] OPR Malaysia ketika ini menyokong pertumbuhan ekonomi - Gabenor BNM
Dasar monetari kita perlu sesuai kepada dasar dan keadaan domestik kita dan bukan apa yang berlaku di luar negara.
[EKSKLUSIF] Asas ekonomi kukuh, politik stabil dorong kekuatan ringgit - Gabenor BNM
Asas ekonomi yang terus mengukuh selain kestabilan politik tanah air mendorong pengukuhan nilai mata wang ringgit yang disaksikan ketika ini.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.
Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi
Gabenor BNM yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, bukan orang baharu dalam badan berkanun itu.
Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour adalah calon yang tepat dan paling sesuai untuk menjadi peneraju bank pusat negara, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Langkah keselamatan ketat perlu, jamin keselamatan pengguna - Gabenor Bank Negara
Biarpun langkah kawalan akan menjadikan urusan perbankan dalam talian lebih rumit, ia perlu bagi melindungi kepentingan pelanggan.
Skim Beli Sekarang Bayar Kemudian: BNM gubal Akta Kredit Pengguna tahun depan
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggubal Akta Kredit Pengguna pada 2022 bertujuan mengukuhkan pengaturan kawal selia.
Nilai ringgit bertambah 0.9 peratus sejak 1 Oktober - Bank Negara
Ia sejajar dengan trend mata wang serantau yang lain dan katanya, ringgit terus disokong oleh prospek dalam negara yang lebih baik susulan pembukaan semula ekonomi dan kenaikan harga komoditi.
Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19
Ekonomi Malaysia susut kepada 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.
"Nor Shamsiah gabenor yang hebat" - Lagarde
Nor Shamsiah telah melakukan perkara yang benar-benar dalam jangkaan, dan keperluan IMF, terutamanya dalam menstabilkan kewangan negara.