awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABM nafi bank kaut untung daripada langkah tingkat permintaan ringgit

Bernama
Bernama
08/12/2016
09:17 MYT
ABM nafi bank kaut untung daripada langkah tingkat permintaan ringgit
ABM nafi laporan bank mendapat untung daripada langkah terbaru bagi meningkatkan permintaan terhadap ringgit.
Persatuan Bank di Malaysia (ABM) menafikan laporan bahawa pihak bank telah mendapat untung daripada langkah-langkah terbaru bagi meningkatkan permintaan terhadap ringgit.
ABM dalam satu kenyataan, berkata pelanggan bank digalakkan untuk membuat perbandingan di bank yang sesuai dengan kehendak mereka seperti harga, servis dan pertimbangan lain.
"Langkah-langkah yang diambil bagi menstabilkan ringgit adalah bagi pembangunan jangka panjang pasaran dalam negeri dan juga untuk mengurangkan ketidakstabilan ringgit berbanding mata wang lain khususnya dolar US, yang merupakan mata wang utama bagi perdagangan negara," kata ABM.
Langkah yang diambil akan memberi manfaat kepada pengeluar dan pedagang dalam jangka panjang kerana golongan ini tidak akan mudah dipengaruhi oleh turun-naik kadar pertukaran.
"Walaupun akan ada sedikit ubahsuai permulaan kepada langkah-langkah baharu ini, secara keseluruhan, akan wujud lebih kestabilan kepada pergerakan ringgit yang akhirnya akan menguntungkan kesemua sektor sebenar ekonomi," katanya.
Pada Jumaat lepas, BNM telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk membangunkan pasaran kewangan daratan dengan kerjasama Jawatankuasa Pasaran Kewangan.
Langkah-langkah itu, yang berkuatkuasa pada hari Isnin, melibatkan liberalisasi serta pemansuhan pasaran lindung nilai ringgit dalam negara, menyelaras pemulihan untuk pelaburan dalam aset dan insentif mata wang asing serta hasil eksport.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABM
#Jawatankuasa Pasaran Kewangan
#Ringgit Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan