ADAM Neumann merupakan pengasas kepada syarikat penyedia perkhidmatan sewa ruangan bekerja, WeWork – dan telah membangunkannya menjadi sebuah budaya yang besar, bernilai berbilion ringgit.

Namun, pelbagai masalah dalaman berkenaan bagaimana syarikat tersebut diuruskan – termasuk proses ketelusan, membawa kepada Adam Neumann dibuang daripada syarikat tersebut pada 2019.

Selepas itu, pelaburnya telah cuba untuk menyelamatkan syarikat tersebut, namun gagal, sehingga WeWork memfailkan notis muflis di Amerika pada tahun lepas.

Apa pun, kini menariknya, syarikat baharu yang diasaskan oleh Adam Neumann, Flow Global menawarkan untuk mengambil alih WeWork.

Dikatakan, Flow telah menawarkan untuk membeli aset WeWork, selain menyediakan bantuan kewangan untuk syarikat berkenaan.

Mengikut laporan juga, Adam Neumann pernah menawarkan pelaburan sehingga $1 bilion pada 2022, namun ia ditolak pihak WeWork ketika itu.

Tidak diketahui lagi sama ada WeWork akan menerima tawaran terbaru Adam Neumann, atau kekal menolaknya.

Sebelum ini, ketika WeWork memfailkan muflis, Adam Neumann pernah menyatakan dengan strategi yang tepat, syarikat tersebut boleh mekar kembali seperti sebelum ini.

Adakah kita akan melihat WeWork dibawah Adam Neumann kembali seperti sebelum ini?