KUALA LUMPUR: AEON Bank (M) Bhd, satu daripada lima pemegang lesen perbankan digital di Malaysia, bersedia untuk memulakan operasi dan melancarkan aplikasi perbankannya pada akhir suku kedua 2024, kata Ketua Pegawai Eksekutif Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.
Beliau berkata bank digital Islam pertama di Malaysia itu menyasar untuk menarik terutama pengguna celik teknologi dan Generasi Z, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang kini kurang mendapat perkhidmatan kerana saiznya.
Bank itu akan memulakan operasi dengan menawarkan akaun simpanan dan transaksi berkaitan untuk individu.
"Kami akan (seterusnya) melancarkan produk berdaya maju yang minimum. Apabila kami semakin mencapai kemajuan, produk tambahan dan pilihan pembiayaan pula akan menyusul," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual hari ini.
Beliau berkata Aeon Bank telah melakukan ujian beta dalam kalangan pekerja untuk memastikan aplikasinya mesra pengguna dan boleh diterima oleh pengguna daripada semua lapisan masyarakat.
"Pendigitalan adalah jalan menuju kemajuan atau penyelesaian kepada masalah tertentu. Lebih ramai orang telah belajar menggunakan perbankan dalam talian (dan) kita perlu terus mendorongnya, dan pada masa yang sama, mengurangkan transaksi tunai yang sukar," katanya.
Malaysia telah mencapai kemajuan yang baik dalam aspek ini, dan usaha itu perlu dimajukan lagi, katanya.
Manfaatkan jurang pendanaan RM90 bilion
Bagi segmen perniagaan pula, Raja Teh Maimunah berkata bahagian itu akan dilancarkan pada 2025.
AEON Bank menyasar untuk memanfaatkan jurang pendanaan RM90 bilion di antara syarikat besar dengan PMKS, katanya.
"Ini boleh jadi perniagaan seperti kedai TikTok atau Instagram. Itulah segmen sasaran kami, dan sejajar dengan peranan kami dalam memberi perkhidmatan kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan, yang merupakan mandat kami.
"Perniagaan itu tidak boleh mengakses pendanaan melalui bank tradisional atau kaedah peminjaman kerana penilaian kredit perlu dilakukan secara berbeza," katanya.
Beliau berkata oleh itu sumber data yang berbeza perlu diteliti dan hal itu hanya boleh dilakukan oleh platform digital.
"Jadi, menjelang tahun depan, kami akan menangani jurang ini," katanya.
Raja Teh Maimunah berkata pihaknya sedang giat melaksanakan ciri Apple Pay, yang merupakan sistem pembayaran digital oleh Apple Inc, di samping merancang untuk melancarkan kad debit pada akhir tahun ini.
AEON Bank dimiliki bersama AEON Financial Service Ltd dan AEON Credit Service (M) Bhd, kedua-dua anak syarikat kumpulan runcit terbesar Jepun, AEON Group.
AEON Group Malaysia, sebahagian daripada AEON Group, telah menjadi jenama isi rumah selama 40 tahun, memberikan akses kewangan dan runcit harian kepada pengguna.
Selain Aeon Bank, sebuah konsortium yang diterajui KAF Investment Bank Sdn Bhd turut memperoleh lesen bank digital Islam daripada Bank Negara Malaysia.
Tiga lagi yang memenangi lesen perbankan digital ialah konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd, konsortium yang diketuai GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd, dan konsortium yang diketuai oleh Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
AEON Bank akan memulakan operasi dengan menawarkan akaun simpanan dan transaksi berkaitan untuk individu.
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman sehingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Pantau Agenda Reformasi: NACS 2024-2028 - Strategi baharu perangi rasuah
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
[TERKINI] Speaker Dewan Negara Mutang Tagal masih dirawat di IJN
Pihak pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
Niaga AWANI: Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian maklumat bantu kurangkan jurang kepakaran
Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian kepakaran dan maklumat daripada negara lain bagi mengurangkan jurang kepakaran dalam menanggani cabaran isu keselamatan bukan tradisional.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Rasuah makin menjadi-jadi, negara rugi ratusan bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AEON Bank mulakan operasi digital Islam pada suku kedua 2024
AEON Bank bersedia untuk memulakan operasi dan melancarkan aplikasi perbankannya pada akhir suku kedua 2024.