KUALA LUMPUR :Sejumlah 9,000 permohonan Penstrukturan dan Penjadualan Semula (R&R) diluluskan AgroBank merangkumi 8,000 permohonan daripada perniagaan mikro, menurut bank itu dalam satu kenyataan.
Menurut Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar selain itu 1,000 permohonan melibatkan pelanggan korporat, komersial serta pengguna.
Agrobank juga akan terus menerima permohonan R&R sehingga Jun 2021.
"Kami ingin mengalu-alukan semua pelanggan kami untuk menghubungi pengurus cawangan atau pegawai perhubungan masing-masing.
"Kami di Agrobank akan terus responsif kepada perubahan keperluan mereka dan akan terus menawarkan bantuan pembayaran balik dan menerima permohonan sehingga Jun 2021,” kata Khadijah.
Tambahnya, sektor pertanian terus menjadi komponen ekonomi penting negara dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.7 bilion melalui Belanjawan 2021.
"Sebahagian besar peruntukan yang diumumkan untuk industri pertanian dan makanan menumpukan kepada pemulihan perniagaan komuniti agro terutamanya mereka yang dikategorikan di bawah B40 dan PKS," katanya.
Khadijah berkata individu daripada golongan B40 dan M40 yang ingin memohon perlu berdaftar di bawah program bantuan tunai, Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Manakala bagi perusahaan mikro, syarikat dibenarkan adalah yang mempunyai kemudahan pembiayaan diluluskan sehingga RM150,000, sepertimana yang ditetapkan oleh SME Corp Malaysia.
Selain itu, individu B40 dan perusaha mikro tidak perlu menyerahkan sebarang dokumen kepada Agrobank sementara individu M40 yang berdaftar dalam pangkalan data BPR, hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri untuk memohon bantuan pembayaran balik mereka.
Di bawah inisiatif itu, golongan ini boleh mendapat penangguhan ansuran bulanan sehingga tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sehingga 50 peratus untuk tempoh selama enam bulan.
Ehsan A Marisah
Mon Nov 30 2020

Kumpulan ini boleh mendapat penangguhan ansuran bulanan sehingga tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan hingga 50% untuk tempoh selama enam bulan - Foto Fail

FXTM jangka MYR akan uji paras 4.00, OPR dijangka kekal
Tindak balas kesihatan dan ekonomi Malaysia terhadap PKP 2.0 yang sedang berlangsung, bersama prestasi dolar AS, akan menjadi pemacu utama.

PKP 2.0: Lebih ramai peniaga dijangka gulung tikar jika had operasi hingga 8 malam sahaja
Itu realiti yang dialami rata-rata peniaga di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua apabila hasil jualan terus merosot sehingga 70 peratus.

Peniaga ubah strategi promosi jualan makanan pastikan perniagaan bertahan
Deretan kedai makan di kawasan tumpuan di bandar Melaka kini lengang dan hanya dipenuhi motosikal penghantar makanan.

JKNS ambil berat persekitaran kerja, keselamatan dan keperluan asas petugas
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan petugas kesihatan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan

COVID-19: Malaysia antara negara terawal di dunia gunakan RTK-Ag
RTK-Ag telah digunakan untuk memastikan keputusan saringan apabila penularan COVID-19 didapati tinggi dalam kawasan penduduk tertentu.

Beberapa cawangan, pejabat LHDN ditutup sementara
Beberapa cawangan dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di negeri tertentu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Co-opbank Pertama dinobat koperasi terbaik negara 2020
Co-opbank Pertama (CBP) dipilih sebagai koperasi terbaik di seluruh negara, sekali gus mencatatkan pencapaian membanggakan sejak penubuhannya pada tahun 1950.

Industri insurans dan takaful cari kaedah kurangkan perbelanjaan pesakit COVID-19
Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit COVID-19.

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penafian berita palsu tular 17 Jan - KKMM
Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) malam ini.

Proklamasi darurat bukan untuk Muhyiddin beraja di mata, bukan sehingga kiamat - Bekas setiausaha politik Tun M
Proklamasi darurat yang telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan berakhir juga apabila sampai masanya nanti.

Pembinaan dewan masyarakat RM35 juta di Pagoh cetus persoalan
Pemeriksaan Astro AWANI mendapati dana itu diperuntukan untuk tiga projek dewan, dan menelan kos pembinaan sebanyak RM35,435,992.00.

MOF kaji tambah baik Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kajian tersebut dilakukan susulan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara ketika ini.

Kerajaan terus laksana langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 - Tengku Zafrul
Kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah dalam Belanjawan 2021 bagi memastikan Malaysia kekal di atas landasan pemulihan pada tahun ini.

Tempoh PKP jika dilaksanakan semula tidak perlu terlalu lama - Pakar
Kerajaan perlu memperhalusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri sahaja dan bukan seluruh negara.

Mencari keseimbangan di antara ekonomi dan kesihatan awam
Ketika kes COVID-19 terus melonjak dengan drastik di negara ini, setiap orang berada dalam keadaan yang pasti berharapkan kepada suatu yang terbaik.

Kerajaan memahami kepentingan FDI - Tengku Zafrul
Malaysia mempunyai tarikan sebagai destinasi untuk perniagaan dalam komuniti global dan kerajaan memahami kepentingan untuk menarik pelaburan.

Kerajaan sekarang tidak boleh digantung harap - Anwar
Kenyataan dibuat Menteri Kewangan melibatkan KWSP, moratorium dan HSR semasa penggulungan Belanjawan 2021 baru-baru ini sukar untuk dipercayai.

RMK-12 perlu jamin ekonomi kalis krisis
Harus memberi tumpuan kepada usaha mempelbagaikan sumber ekonomi berbanding hanya bergantung kepada sektor sedia ada.

Hampir RM26 juta untuk pulih pelancongan Perak tahun hadapan
Peruntukan itu termasuk lebih RM10 juta untuk penganjuran program untuk memberi nafas baharu kepada sektor itu yang sangat terkesan ekoran pandemik COVID-19.