awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Phumtham dilantik sebagai Pemangku PM Thailand selepas Kabinet angkat sumpah

Bernama
Bernama
03/07/2025
12:40 MYT
Phumtham dilantik sebagai Pemangku PM Thailand selepas Kabinet angkat sumpah
Phumtham turut mengangkat sumpah pada Khamis sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu. - AP
BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai, dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri selepas Kabinet baharu mengangkat sumpah pada Khamis.
Phumtham turut mengangkat sumpah pada Khamis sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu.
Dalam kenyataan selepas mesyuarat pertama Kabinet, jurucakap kerajaan, Jirayu Huangsap, berkata Phumtham selaku Pemangku Perdana Menteri akan mempunyai kuasa penuh setara dengan Perdana Menteri.
"Ini termasuk kuasa untuk mempengerusikan jawatankuasa dan organisasi," katanya.
Terdahulu, seramai 14 menteri baharu yang dilantik dan dipindahkan portfolio telah mengangkat sumpah dan menerima perkenan diraja daripada Raja Maha Vajiralongkorn di Istana Dusit.
Mereka termasuk Perdana Menteri yang digantung tugas, Paetongtarn Shinawatra, yang akan memegang portfolio baharu sebagai Menteri Kebudayaan.
Pada Selasa, Mahkamah Perlembagaan Thailand menggantung tugas Paetongtarn sementara menunggu pertimbangan petisyen yang difailkan oleh 36 senator, yang menuduh beliau tidak jujur dan melanggar standard etika serta perlembagaan susulan perbualan telefon yang bocor dengan bekas pemimpin berpengaruh Kemboja, Hun Sen.
Juga pada Selasa, Warta Diraja telah menerbitkan pengumuman rasmi rombakan kabinet berikutan pengunduran rakan gabungan utama kerajaan dan kekosongan beberapa portfolio kementerian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Phumtham Wechayachai
#Pemangku Perdana Menteri
#Thailand
#politik thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan