KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia hari ini mengkategorikan Kumpulan AirAsia Berhad sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17).
Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa berkata ini selepas kumpulan tersebut menepati beberapa kriteria untuk diletakkan di dalam kategori tersebut.
Kebiasaannya, kategori PN17 sering diberikan kepada syarikat disenarai di Bursa Malaysia yang mengalami tekanan kewangan.
Selepas diletakkan dalam kategori tersebut, sesebuah syarikat berdepan risiko dinyahsenarai daripada bursa tersebut.
Syarikat itu kemudian perlu mengemukakan perancangan untuk menstruktur semula dan menambah baik prestasinya, di mana perancangan tersebut perlu diluluskan oleh Bursa untuk mengelakkan dinyahsenarai.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata kumpulan tersebut sedang merangka pelan untuk menyelaraskan situasi kewangannya untuk keluar daripada kategori PN17.
BACA: AirAsia ambil semua langkah perlu tangani status PN17 - Tony Fernandes
“Apa yang penting, kami bukan hanya syarikat penerbangan lagi (iaitu) bergantung sepenuhnya kepada tambang penerbangan.
“Kami adalah syarikat pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup sinergi, semuanya dijangka menjadi peneraju industri dalam bidang masing-masing di ASEAN,” katanya.
Semalam, Bursa menolak rayuan kumpulan tersebut yang ingin melanjutkan tempoh pelepasan selama 18 bulan daripada dikategorikan sebagai syarikat PN17, yang berakhir pada 7 Januari 2022.
Fernandes berkata kumpulan AirAsia telah melaksanakan pelbagai langkah pengumpulan dana untuk meningkatkan kedudukan mudah tunainya, selain meletakkan asas yang kukuh bukan sahaja untuk bertahan, tetapi pulih daripada impak pandemik dengan lebih kukuh daripada sebelum ini dalam masa terdekat.
Beliau menambah, kumpulan tersebut telah meraih lebih RM2.5 bilion setakat ini, termasuk penempatan persendirian sebanyak RM336.48 juta pada suku pertama 2021.
Setakat 14 Januari 2022, terdapat 23 syarikat yang dikategorikan sebagai PN17 di Bursa Malaysia.
Antara lain, ia termasuk Serba Dinamik Holdings Berhad, Scomi Group Berhad, Konsortium Transnasional Berhad dan Brahim’s Holdings Berhad.
Pengesahan terbaharu daripada Bursa ini menyaksikan Kumpulan AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad kini tergolong dalam kategori tersebut.
Luqman Hariz
Fri Jan 14 2022

Kebiasaannya, kategori PN17 sering diberikan kepada syarikat disenarai di Bursa Malaysia yang mengalami tekanan kewangan. - Gambar fail Reuters

Persidangan NIKKEI | Bukan masa untuk dunia terus berbelah pendirian
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia pada Khamis menegaskan sekarang bukan masanya untuk dunia terus berbelah pendirian ketika sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman.

Politik | Zuraida umum keluar Bersatu, sertai PBM
Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Dalam satu kenyataan, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu memaklumkan beliau tetap menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perangkaan | Petunjuk keyakinan naik 3.5 peratus suku kedua
Jabatan Perangkaan Malaysia mengunjurkan, peniaga kekal positif terhadap prospek perniagaan pada suku kedua 2022 walaupun pada kadar yang perlahan dengan petunjuk keyakinan dicatatkan +3.5 peratus berbanding +7.6 peratus pada suku tahun sebelumnya. Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata meskipun sempadan antarabangsa Malaysia dibuka semula yang dijangka merangsang aktiviti ekonomi, peniaga kekal berhati-hati terhadap prospek mereka di tengah-tengah tekanan inflasi, isu rantaian bekalan dan kekurangan tenaga kerja.

Politik | Zuraida masih menteri, selagi PM belum terima letak jawatan
Datuk Zuraida Kamaruddin masih belum dianggap sudah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, susulan penyertaannya ke dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Palsu dokumen UMS: Peter Anthony tipu empat individu termasuk Najib - Hakim
Datuk Peter Anthony telah menipu empat individu termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan kontrak kerja operasi dan penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) di UMS.

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika menjadi panel dalam sesi menguruskan risiko di era ketidaktentuan di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.
![AWANI Bornero [26/05/2022] - Tangani kenaikan harga makanan | Merugikan penternak | Pendapatan negeri AWANI Bornero [26/05/2022] - Tangani kenaikan harga makanan | Merugikan penternak | Pendapatan negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968779/thumbnails/34508655211653566026153_640x360.jpeg)
AWANI Bornero [26/05/2022] - Tangani kenaikan harga makanan | Merugikan penternak | Pendapatan negeri
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri #AWANIBorneo 26 Mei 2022 : - Tarif elektrik di kedai makan di Sarawak diberikan diskaun - Penternak di Sarawak kata jangan teruskan Skim Harga Maksimum Keluarga Malysia - Hajiji mahu GLC Sabah bayar dividen RM1 juta mulai tahun ini #AWANInews #MalaysiaBangkit
![[INFOGRAFIK] Kronologi Peter Anthony [INFOGRAFIK] Kronologi Peter Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968778/thumbnails/8967789641653565727750_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Peter Anthony
Peter Anthony dihukum penjara tiga tahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah memalsukan dokumen daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan sistem.

Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Perak pada petang ini berkurangan kepada 113 orang daripada 39 keluarga berbanding 202 mangsa daripada 60 keluarga pada pagi tadi.

Kemudahan Rakyat | Perbanyakkan rumah kos rendah di Sabah
Kerajaan negeri diseru memberi fokus kepada keperluan membina rumah kos rendah kepada rakyat Sabah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah. Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar Sabah (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, ini kerana lebih 30,000 rakyat negeri itu yang berpendapatan rendah memohon untuk mendapatkan rumah kos rendah daripada pihaknya.

Thailand siasat pesawat AirAsia mendarat di landasan salah
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) sedang menyiasat insiden penerbangan Thai AirAsia yang mendarat di landasan bukan ditetapkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang awal bulan ini.

Isu kelewatan penerbangan: AirAsia tambah pesawat menjelang Julai - Nanta
Menurut Nanta, pihak syarikat telah memaklumkan usaha mitigasi bagi mengelak kejadian tersebut berulang.

Nanta nafi dakwaan berpihak terhadap AirAsia dalam isu kelewatan penerbangan
Nanta berkata pihaknya memahami isu berkaitan syarikat penerbangan tertakluk di bawah MAVCOM.

AirAsia mohon maaf atas penjadualan semula penerbangan ketika hari raya
AirAsia ambil maklum dan memohon maaf kepada tetamu yang telah mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan susulan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini.

Syarikat penerbangan diarah selesai isu teknikal dengan segera - Ka Siong
Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, pesawat yang menghadapi masalah teknikal digantung daripada perkhidmatan.

Isu kelewatan penerbangan: AirAsia akan beri penjelasan dalam 24 jam - Alexander Nanta Linggi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ambil maklum rungutan, aduan dan keluhan pengguna berhubung AirAsia.

KPDNHEP siasat sisi kepentingan pengguna dalam isu kelewatan AirAsia
Isu kelewatan penerbangan Air Asia ke pelbagai destinasi dalam negara dikesan berlaku sejak hujung bulan lepas dan masih berlanjutan.

Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai - Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutanberkata kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Air mata kegembiraan iringi kepulangan rakyat Sabah selepas dua tahun
Tangisan kegembiraan dan laungan "Kami sudah pulang!" memenuhi setiap ruang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Syarikat penerbangan nasihat penumpang beli tiket awal
Syarikat penerbangan menetapkan harga tiket secara dinamik yang tertakluk kepada permintaan dan penawaran.