BISNES
AirAsia lancar semula penerbangan terus KL-Cebu

AirAsia melancarkan semula perkhidmatan penerbangannya ke bandar yang terkenal dengan gelaran Queen of the South itu selepas hampir sedekad menghentikan operasinya. - Gambar fail/AirAsia
CEBU: AirAsia akan menyambung semula penerbangan terusnya antara Kuala Lumpur dan Cebu, Filipina, bermula 15 Nov, 2025, dengan 14 penerbangan mingguan.
Ringkasan AI
- AirAsia akan memulakan semula penerbangan terus Kuala LumpurCebu bermula 15 November 2025 dengan 14 penerbangan mingguan, selepas hampir sedekad dihentikan.
- Laluan ini mengurangkan masa perjalanan dari lebih 12 jam (transit Manila) kepada kurang lima jam, memberi kemudahan besar kepada pelancong dan ahli perniagaan.
- Cebu dilihat berpotensi tinggi dalam pelancongan dan kesalinghubungan serantau, dengan laluan ini turut membuka akses ke destinasi popular seperti Boracay.
"Kami menghentikan sementara laluan itu untuk mengutamakan perkhidmatan domestik di Manila, tetapi kini, dengan permintaan yang meningkat semula dan adanya sumber, Cebu merupakan pasaran yang sesuai untuk kami tawarkan semula perkhidmatan penerbangan.
"Kami bermula dengan dua pesawat dan merancang untuk menambah bilangan kepada lima tahun depan berikutan permintaan yang semakin meningkat yang kami lihat bagi laluan ini," katanya kepada Bernama selepas majlis pelancaran itu, di sini.
Beliau berkata Cebu mempunyai potensi pertumbuhan yang kukuh, terutamanya dalam pelancongan dan ketersambungan merentasi ASEAN namun perkhidmatan penerbangan masih lagi kurang.
Ketua Pegawai Eksekutif Philippines AirAsia Suresh Bangah berkata laluan itu akan membawa manfaat yang besar kepada pengembara dan ahli perniagaan Malaysia.
"Pada masa ini, penumpang menghabiskan masa lebih 12 jam transit melalui Manila untuk sampai ke Cebu. Dengan perkhidmatan terus ini, masa perjalanan dikurangkan kepada bawah lima jam, penjimatan selama setengah hari untuk ahli perniagaan.
"Bagi mereka, masa adalah wang, jadi kami berada di sini untuk menyelesaikan cabaran kesalinghubungan ini untuk mereka," katanya.
Beliau juga berkata AirAsia sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan tempatan Cebu, pihak berkuasa lapangan terbang, dan komuniti perniagaan untuk memastikan kejayaan laluan itu.
"Laluan ini mendapat permintaan berikutan tarikan pelancongan, dan kesalinghubungan ini akan meningkatkan lagi hubungan antara rakyat Malaysia dan Filipina," kata Suresh.
Cebu merupakan hab metropolitan kedua terbesar Filipina selepas Manila dan destinasi pelancongan yang semakin meningkat naik dengan pantai yang memutih bersih, pusat peranginan yang berkembang maju dan kaya dengan warisan budaya.
Laluan ini juga membuka sambungan seterusnya ke kawasan lain dan destinasi popular seperti Boracay.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami