awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-14 di Skytrax

Bernama
Bernama
21/06/2023
04:19 MYT
AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia kali ke-14 di Skytrax
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tony Fernandes berkata kemenangan syarikat penerbangan itu adalah pencapaian luar biasa.- Fail/REUTERS
PARIS: AirAsia telah dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 untuk kali ke-14 berturut-turut, sekali gus menjadikan syarikat penerbangan itu penanda aras global bagi kualiti dan kecemerlangan syarikat penerbangan.
Syarikat penerbangan itu juga muncul sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2023, seperti yang diundi oleh pengembara yang mengambil bahagian dalam tinjauan kepuasan penumpang syarikat penerbangan terbesar dari September 2022 hingga Mei 2023.
Lebih 100 warganegara (pelanggan) mengambil bahagian dalam tinjauan itu, dengan 20.23 juta penyertaan yang layak dikira dalam membuat keputusan.
Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 telah diadakan bersempena dengan Pameran Udara Paris (Paris Air Show) yang diadakan dari 19-25 Jun di Le Bourget Parc des Expositions di Paris.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tony Fernandes berkata kemenangan syarikat penerbangan itu adalah pencapaian luar biasa, lebih-lebih lagi bagi jenama ASEAN, terutamanya selepas pandemik COVID-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang telah memberi kesan teruk kepada industri penerbangan.
Fernandes berkata pengiktirafan luar biasa itu merupakan bukti kukuh kepada pemulihan dan pertumbuhan kukuh syarikat penerbangan itu dan penumpang yang dibawanya, serta komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan menyediakan perkhidmatan yang luar biasa walaupun menghadapi cabaran yang dibawa oleh pandemik global.
Beliau berkata AirAsia terus mengesahkan komitmennya untuk cemerlang dalam pengalaman pelanggan dengan pelbagai peningkatan kecerdasan buatan untuk chatbotnya, AskBo, di samping pelancaran teknologi pengecaman muka biometrik sendiri, FACES, yang akan menjadikan penerbangan dan kesalinghubungan dengan syarikat penerbangan berkenaan lebih cekap dan lancar berbanding sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia d
#Tony Fernandes
#Skytrax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan