Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton

Persembahan Indiana Jones Epic Stunt Spectacular! merupakan salah satu tarikan utama di Disney’s Hollywood Studios sejak diperkenalkan pada 1989. -Gambar fail/Disney World
ORLANDO: Seorang pekerja Walt Disney World Florida, Amerika Syarikat (AS) cedera ketika cuba menghalang prop batu gergasi daripada mengenai penonton dalam persembahan di taman tema tersebut pada Selasa.
Ringkasan AI
- Pekerja Walt Disney World Florida cedera cuba menghalang batu gergasi daripada melukakan penonton dalam persembahan di taman tema tersebut.
- Insiden berlaku semasa babak pembukaan adegan filem Raiders of the Lost Ark, di mana batu getah terkeluar dari landasan dan mengancam penonton.
- Pekerja yang tercedera sedang pulih; pihak Disney mengesahkan keselamatan adalah keutamaan dan akan mengkaji semula elemen persembahan tersebut.
Petugas itu bagaimanapun mengalami kecederaan selepas terjatuh akibat impak rempuhan. Beberapa rakan sekerja segera memberikan bantuan dan membawanya keluar dari pentas.
Jurucakap Disney dalam kenyataan kepada media memaklumkan pekerja tersebut kini dalam proses pemulihan dan menerima sokongan penuh daripada pihak pengurusan taman tema itu.
“Keselamatan adalah keutamaan kami. Elemen persembahan ini akan diteliti semula oleh pasukan keselamatan sebelum dipersembahkan semula kepada umum,” kata jurucakap berkenaan.
Persembahan Indiana Jones Epic Stunt Spectacular! merupakan salah satu tarikan utama di Disney’s Hollywood Studios sejak diperkenalkan pada 1989.
Ia menampilkan aksi lagak ngeri secara langsung yang diinspirasikan daripada filem arahan Steven Spielberg.
Pihak Disney belum mengumumkan sama ada persembahan akan dihentikan sementara waktu, namun beberapa penyesuaian dijangka dilakukan bagi memastikan keselamatan pelakon dan penonton.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku kepada seorang pekerja Walt Disney World Florida yang disebut dalam artikel? A: Pekerja tersebut mengalami kecederaan ketika cuba menghalang batu gergasi daripada mengenai penonton dalam persembahan di taman tema tersebut.
- Q: Bagaimana insiden kecederaan pekerja itu berlaku menurut laporan media? A: Insiden berlaku ketika batu gergasi dalam persembahan Raiders of the Lost Ark tiba-tiba terkeluar dari landasan dan menuju ke arah penonton.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh beberapa rakan sekerja selepas pekerja tersebut mengalami kecederaan? A: Beberapa rakan sekerja segera memberikan bantuan dan membawanya keluar dari pentas setelah pekerja tersebut terjatuh akibat impak rempuhan.
- Q: Apakah yang dikatakan oleh jurucakap Disney berkenaan keselamatan pekerja yang cedera? A: Jurucakap Disney menyatakan bahawa keselamatan adalah keutamaan mereka dan pekerja tersebut kini dalam proses pemulihan serta menerima sokongan penuh daripada pihak pengurusan taman tema.
- Q: Adakah pihak Disney merancang untuk menghentikan sementara persembahan Indiana Jones Epic Stunt Spectacular! berikutan insiden tersebut? A: Pihak Disney belum mengumumkan sama ada persembahan akan dihentikan sementara waktu, namun penyesuaian dijangka dilakukan bagi memastikan keselamatan pelakon dan penonton.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

