KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd (AAGB) bercadang untuk melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga RM1.024 bilion dalam nilai nominal Sekuriti Hutang Islam Boleh Tebus Boleh Tukar dan Tidak Bercagar (RCUIDS) untuk tempoh tujuh tahun dengan nilai nominal sebanyak RM0.75 setiap satu berdasarkan dua RCUIDS dengan satu waran boleh dipisahkan secara percuma bagi setiap enam saham biasa yang dipegang.
Langkah itu dijangka mengumpul hasil kasar antara RM615.9 juta dan RM1.024 bilion, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
AAGB berkata hasil tersebut akan digunakan, antara lain, untuk penyelesaian lindung nilai bahan api; pembayaran sewa dan penyelenggaraan pesawat; modal kerja am; dan untuk unit perniagaan AirAsia Digital Sdn Bhd.
"Cadangan terbitan hak itu dilaksanakan susulan beberapa perkara yang tidak dijangka di luar kawalan kumpulan, terutamanya disebabkan penularan pandemik COVID-19 di peringkat global yang telah memberikan cabaran kepada industri penerbangan.
"Sekatan perjalanan yang dikenakan oleh pelbagai kerajaan di seluruh dunia telah menyebabkan trafik penumpang masuk dan keluar merosot dengan ketara bagi kumpulan dan ketidaktentuan mengenai prospek dan operasi kumpulan pada masa depan," katanya.
RCUIDS memberi peluang kepada pemegang saham yang layak untuk melanggan sekuriti hutang berkaitan ekuiti tidak bercagar dengan kadar keuntungan yang menarik sebanyak 8.0 peratus setahun.
AAGB berkata cadangan terbitan hak itu akan berfungsi sebagai langkah interim untuk menangani keperluan aliran tunai jangka pendek, selain syarikat terus mengkaji pilihan lain yang ada dan/atau cadangan korporat untuk meningkatkan prestasi kewangan kumpulan dalam jangka masa panjang.
Bernama
Mon Jul 12 2021

Langkah itu dijangka mengumpul hasil kasar antara RM615.9 juta dan RM1.024 bilion, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. - Foto fail

KPDN lancar Jualan Rahmah peringkat Wilayah Persekutuan KL, libatkan 11 Parlimen
Jualan Rahmah akan berlaku bermula daripada 25 Mac sehingga seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri melibatkan 15 rakan strategik pasar raya.

Korban tanah runtuh di Ecuador meningkat kepada 21 orang
Seramai 656 orang turut terjejas manakala 170 lagi hilang tempat tinggal.

Situasi malaria di Ulu Baram terkawal - Lukanisman
Kesemua prosedur dan tindakan bagi mencegah penularan wabak malaria telah diambil oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

JAKIM ingatkan jangan buat sebarang andaian
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Semua pihak juga dimohon untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara itu.

Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Xi Jinping
Usaha mengukuhkan kerjasama yang lebih komprehensif antara Malaysia dan China penting untuk memberikan manfaat kepada kedua-dua negara. Malaysia memberi komitmen untuk mengutamakan China kerana hubungan rapat dan dasar Presiden China Xi Jinping yang hampir selari dengan agenda Madani. Untuk laporan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Beijing, kita bersama Hasimi Muhamad

AB Rauf dilantik Ketua Menteri, apa jadi tumpuan utama?
Terjawab sudah..dan seperti dijangkakan. ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Rauf Yusoh dipilih sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Bagaimanapun, pelantikan itu belum menyelesaikan beberapa perkara berbangkit mengenai pentadbiran Melaka. Ini termasuk soal pembentukan kerajaan perpaduan di Melaka..senarai EXCO yang dilantik, siapa akan kekal, siapa akan gugur. Untuk mendapatkan perinciannya, saya bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.

Pelantikan dalam tempoh 48 jam
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam. Bagaimanapun, Ketua Menteri Datuk Ab Rauf Yusoh belum dapat mengesahkan sama ada pelantikan itu akan turut melibatkan wakil rakyat daripada blok Pakatan Harapan (PH). Beliau menjelaskan, perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebelum membuat sebarang keputusan.

Najib kehabisan 'saluran' rayuan
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua saluran rayuan dalam kes rasuah SRC Internation di peringkat mahkamah. Beliau berkata, keputusan itu memberi mesej tegas kepada semua pihak termasuk ahli politik bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan atau boleh melebihi undang-undang.
![[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri [INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016549/8967789641680265927226_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri
Bantuan khas kewangan Aidilfitri

AirAsia kini dikenali Capital A Berhad
Pertukaran nama kepada Capital A tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi syarikat.

AirAsia Group cadang tukar nama kepada Capital A
Cadangan pertukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 Disember lalu.

AirAsia raih sehingga RM1.024 bilion daripada cadangan terbitan hak
AAGB berkata cadangan terbitan hak itu akan berfungsi sebagai langkah interim untuk menangani keperluan aliran tunai jangka pendek.

AirAsia yakin perniagaannya kembali pulih pada pertengahan tahun 2021
AirAsia Group Bhd menjangkakan perniagaannya akan kembali ke paras sama seperti tempoh sebelum penularan COVID-19 di kebanyakan laluan penerbangannya menjelang pertengahan tahun 2021.

Saham AirAsia terus merosot berikutan siasatan rasuah, koronavirus
Saham AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd terus merosot dalam dagangan awal hari ini berikutan laporan mengenai dakwaan rasuah berhubung pembelian pesawat Airbus oleh AirAsia.

Unit tidak langsung AirAsia jual Merah Aviation pada harga RM3.22 bilion
Sebagai tambahan, Castlelake juga akan membeli daripada AACL empat pesawat A320-200ceo baharu yang akan dihantar pada 2019.

AirAsia catat untung bersih lebih tinggi pada suku ketiga
Keuntungan bersih AirAsia Group Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2018 melonjak kepada RM915.87 juta berbanding RM505.32 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

AirAsia bida kontrak operasi dan penyelenggaraan Lapangan Terbang Clark
AirAsia Group Bhd akan membida kontrak operasi dan penyenggaraan bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Clark di wilayah Pampanga di Filipina.