Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Disember 2025.
Dalam keputusan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching mendapati Titah Adendum berkenaan tidak dibincangkan atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan ke-61 pada 29 Januari tahun lalu.
Fahmi turut menasihati mangsa supaya menghubungi NSRC dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas insiden.
Pengendali paramotor hanya luka kecil di bahagian muka manakala kenderaan tersebut mengalami kerosakan kecil.
Namewee masih berdepan pertuduhan memiliki dadah jenis ekstasi; jika disabit kesalahan, hukuman penjara antara dua hingga lima tahun mungkin dikenakan.
Najib akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak rayuan beliau untuk menjalani tahanan rumah.
FAM akan membuat laporan polis dalam masa terdekat bagi mengesan dalang di sebalik isu pemalsuan dokumen membabitkan pemain warisan Harimau Malaya.
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani atas dua pertuduhan, membunuh nenek dan mencederakan moyangnya dalam kejadian Isnin lalu.
Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) dijadual pada Rabu bagi membincangkan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand dalam usaha meredakan konflik di sempadan.
Ranking Harimau Malaya turun ke kedudukan 121 dunia dalam ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh memberi jaminan bahawa pemeliharaan kampung-kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan, termasuk Kampung Baru, akan terus menjadi perhatian beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


