GEORGE TOWN: AirAsia Group menyasar untuk menjadi syarikat penghantaran makanan dan e-panggilan terbesar di Asia daripada hanya menawarkan penerbangan di rantau ini, susulan kejayaan pengambilalihan platform perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian tempatan, Delivereat, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau yakin 'airasia food' dan Super App boleh menjadi antara syarikat penghantaran makanan dan e-panggilan serta agensi pelancongan dalam talian terbesar di Asia.
"Ketika (saya memulakan) AirAsia, saya sentiasa fikir kalau kami boleh menjadi syarikat penerbangan terbesar, dan kami berjaya melakukannya. Kami adalah syarikat penerbangan keempat terbesar di Asia...Kami bermula dengan hanya dua pesawat, 200,000 penumpang, dan kini kami mencatatkan 19 juta penumpang.
"Jadi saya duduk dan fikir, bolehkah kami menjadi syarikat penghantaran makanan dan syarikat e-panggilan terbesar? Hari ini, secara rasminya saya berkata bahawa kami boleh...saya berpandangan, kami akan melakukannya dan (mengatasi) pesaing sedia ada sebagaimana kami mengatasi syarikat penerbangan lain," katanya pada sidang media di sini, pada Ahad.
Fernandes berkata beliau mahu mengembangkan perkhidmatan penuh aplikasi itu ke Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina dalam jangka pendek.
Terdahulu, beliau juga mengumumkan pelantikan Pengasas Delivereat, Tan Suan Sear sebagai Ketua Kumpulan airasia food di bawah AirAsia Super App serta Leong Shir Mein sebagai Ketua Perkhidmatan Atas Permintaan bagi cabang logistik AirAsia, Teleport.
Fernandes berkata AirAsia Group gembira atas perkongsian ini memandangkan ia menyokong strategi syarikat untuk terus memberi perkhidmatan kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan dan menjadi syarikat penyampaian nilai terbaik di ASEAN.
Beliau turut mengatakan rasa kagum terhadap Delivereat, sebuah syarikat penghantaran tempatan yang mampu berdiri sendiri, mengekalkan kemampanan operasi syarikat dan menawarkan platform perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakat.
Pada Ogos lepas, cabang logistik digital AirAsia, Teleport, menandatangani perjanjian untuk membeli 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Delivereat pada AS$9.8 juta (AS$1=RM4.17) bagi mengukuhkan perkhidmatan penghantarannya di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 16 2022

Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau yakin 'airasia food' dan Super App boleh menjadi antara syarikat penghantaran makanan dan e-panggilan serta agensi pelancongan dalam talian terbesar di Asia. - Gambar fail

Hubungan Bilateral | Joe Biden mula lawatan rasmi ke Asia
Presiden Joe Biden memulakan lawatan rasmi enam hari ke Asia. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Asia, yang dipercayai membawa mesej penting kepada China.

Perubahan Iklim | Mesir lancar strategi baharu
Mesir melancarkan strategi kebangsaan baharu bagi menangani isu perubahan iklim. Perdana Menterinya, Mustafa Madbouly berkata, Mesir adalah antara negara paling terdedah kepada perubahan iklim.

Keanggotaan NATO | Stoltenberg yakin kata putus dicapai
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg optimis pertubuhan itu akan mencapai kata putus mengenai keanggotaan Sweden dan Finland dalam masa terdekat. Menurutnya, di sebalik bantahan Turki, NATO akan duduk berbincang mencari asas persamaan bagi menangani kebimbangan yang dibangkitkan negara tersebut.

Vaksin Global | CDC gesa beri dos penggalak kepada 5-11 tahun
Penasihat Kesihatan Amerika Syarikat menggesa pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) akan mempertimbangkan nasihat tersebut.

UMT bangunkan penyelidikan pertama akuakultur di Qatar
Projek penyelidikan akuakultur pertama di Qatar berkenaan akan diketuai Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP) UMT.

Petronas Gas catat keuntungan lebih rendah disebabkan cukai kemakmuran
Prestasi kewangan PGB pada suku pertama 2022 mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan operasi serta pengurusan kos walaupun dengan keadaan pasaran yang tidak menentu.

Pertama kali dalam sejarah, Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bakal dikendali pengadil wanita
Tiga pengadil wanita serta tiga pembantu pengadil wanita akan ditugaskan sepanjang acara dari 21 November hingga 18 Disember 2022.

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isu kelewatan penerbangan: AirAsia tambah pesawat menjelang Julai - Nanta
Menurut Nanta, pihak syarikat telah memaklumkan usaha mitigasi bagi mengelak kejadian tersebut berulang.

Nanta nafi dakwaan berpihak terhadap AirAsia dalam isu kelewatan penerbangan
Nanta berkata pihaknya memahami isu berkaitan syarikat penerbangan tertakluk di bawah MAVCOM.

AirAsia mohon maaf atas penjadualan semula penerbangan ketika hari raya
AirAsia ambil maklum dan memohon maaf kepada tetamu yang telah mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan susulan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini.

Syarikat penerbangan diarah selesai isu teknikal dengan segera - Ka Siong
Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, pesawat yang menghadapi masalah teknikal digantung daripada perkhidmatan.

Isu kelewatan penerbangan: AirAsia akan beri penjelasan dalam 24 jam - Alexander Nanta Linggi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ambil maklum rungutan, aduan dan keluhan pengguna berhubung AirAsia.

KPDNHEP siasat sisi kepentingan pengguna dalam isu kelewatan AirAsia
Isu kelewatan penerbangan Air Asia ke pelbagai destinasi dalam negara dikesan berlaku sejak hujung bulan lepas dan masih berlanjutan.

Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai - Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutanberkata kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Air mata kegembiraan iringi kepulangan rakyat Sabah selepas dua tahun
Tangisan kegembiraan dan laungan "Kami sudah pulang!" memenuhi setiap ruang Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Syarikat penerbangan nasihat penumpang beli tiket awal
Syarikat penerbangan menetapkan harga tiket secara dinamik yang tertakluk kepada permintaan dan penawaran.

AirAsia Teleport perkukuh kedudukan tawar pelanggan perkhidmatan kargo khusus
Cabang logistik AirAsia digital dan penyedia perkhidmatan kargo penuh, Teleport memperkukuh posisinya di rantau ini dengan menawarkan lima perkhidmatan kargo khusus.