awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
Pesta Angin Timur platform strategik pacu sektor pelancongan negeri - Raja Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lula sahkan hadir Sidang Kemuncak ASEAN, gesa usahawan Brazil rebut peluang

Bernama
Bernama
05/07/2025
22:00 MYT
Lula sahkan hadir Sidang Kemuncak ASEAN, gesa usahawan Brazil rebut peluang
Anwar bersama Presiden Lula da Silva pada BRICS Business Forum sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17. - Foto BERNAMA
RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva mengesahkan kehadirannya ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur pada Oktober ini.
Berucap pada majlis pembukaan Forum Perniagaan BRICS di sini pada Jumaat, Lula menegaskan komitmennya untuk menghadiri sidang kemuncak serantau itu selepas menerima undangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Saya ingin menyampaikan penghargaan ikhlas kepada Perdana Menteri Malaysia atas undangan ini. Saya akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur pada Oktober ini," katanya.
Menekankan kepentingan penglibatan secara proaktif, Lula menggalakkan usahawan Brazil bersiap sedia untuk ke Malaysia dengan memanfaatkan sidang kemuncak itu sebagai sebuah platform perniagaan utama.
"Saya mengajak usahawan Brazil supaya bersedia ke Malaysia, mereka yang mahu menjual harus hadir, mereka yang mahu membeli juga harus hadir. Jangan hanya menunggu dan mengharap sesuatu akan berlaku," katanya.
Anwar turut menyampaikan ucapannya bertajuk “Merapatkan Jurang Benua, Membina Masa Depan: Agenda Bersama untuk Kemajuan Mampan” pada forum itu.
Turut hadir Naib Presiden Brazil Geraldo Alckmin dan Presiden Gabungan Industri Kebangsaan Brazil (CNI) Ricardo Alban.
Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 adalah atas kapasiti sebagai Negara Rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN 2025.
Sidang kemuncak itu akan menjadi perhimpunan pertama ketua negara dan kerajaan negara anggota dan rakan BRICS.
Malaysia secara rasmi memperoleh status Negara Rakan BRICS pada 1 Jan 2025.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Luiz Inacio Lula da Silva
#BRICS
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan