BISNES
AirAsia sasar jadikan Langkawi sebagai hab antarabangsa

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar (gambar), pihaknya masih berbincang dengan kerajaan bagi merealisasikan hasrat berkenaan. - Gambar Fail
Syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia merancang menjadikan Langkawi sebagai hab antarabangsanya bagi rantau ini menjelang hujung tahun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar, pihaknya masih berbincang dengan kerajaan bagi merealisasikan hasrat berkenaan.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk meneliti bagaimana kami boleh membangunkan Langkawi sebagai hab antarabangsa rantau. Kami sasarkan untuk merealisasikan ini menjelang hujung tahun," katanya dalam sidang media selepas merasmikan stesen monorel AirAsia-Bukit Bintang, di sini hari ini.
Menurutnya lagi, syarikat penerbangan itu akan mengadakan sidang media bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail dalam masa terdekat selain mengumumkan destinasi baru.
Sementara itu, program 'hak penamaan stesen' oleh Prasarana bagi stesen monorel itu adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.
AirAsia merupakan jenama pertama yang terlibat dalam program penjenamaan tersebut.
Tambah Aireen, kerjasama ini adalah strategi inovatif AirAsia untuk terus berhubung bersama pengguna menerusi pelbagai saluran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami