Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, telah menandatangani perjanjian dengan Airbus bagi menempah tambahan14 buah pesawat A320ceo bagi menampung pertumbuhan yang lebih tinggi daripada jangkaan membabitkan rangkaian serantaunya.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata dengan perjanjian terbaharu ini, jumlah pesawat A320 yang telah ditempah oleh AirAsia mencecah sebanyak 592.
"Setakat ini, 171 A320ceo dan lapan pesawat A320neo sudah telah dihantar kepada kami dan berkhidmat dengan unit kami di Malaysia, India, Indonesia, Thailand dan Filipina," katanya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, syarikat penerbangan itu masih mencari tambahan pesawat untuk meluaskan lagi jangkauan serantaunya.
"Memandangkan persekitaran kompetitif pasaran berada dalam keadaan terbaik, ditambah pula dengan harga minyak yang stabil, kami akan aktif mencari (pesawat) dari pasaran pajakan.
"Dengan kos yang terendah di dunia, AirAsia akan mencatatkan pertumbuhan agresif," katanya.
Katanya lagi, Kumpulan AirAsia telah membeli 688 pesawat daripada Airbus, dengan nilai hampir AS$90 bilion (AS$1 = RM4.29) sejak ia mula beroperasi.
"Kami merupakan syarikat penerbangan nombor satu yang menjadi pelanggan kepada Airbus dari segi angka dan nilai pesawat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2017
TONY: AirAsia masih mencari tambahan pesawat untuk meluaskan lagi jangkauan serantaunya.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
AirAsia tambah 14 pesawat A320ceo
Dengan perjanjian terbaharu ini, jumlah pesawat A320 yang telah ditempah oleh AirAsia mencecah sebanyak 592.