UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

AirAsia terima kelulusan Danajamin untuk pembiayaan sehingga RM500 juta

Sokongan itu merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia berikutan pandemik COVID-19.

Dagang News
Tue Oct 05 2021
AirAsia terima kelulusan Danajamin untuk pembiayaan sehingga RM500 juta
AirAsia Group menerima kelulusan Danajamin untuk 80% pinjaman yang dijamin sehingga RM500 juta di bawah Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
AirAsia Group Berhad (AAGB) telah menerima kelulusan oleh Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) untuk 80% pinjaman yang dijamin sehingga RM500 juta di bawah Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin.

Sokongan itu merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia berikutan pandemik COVID-19.

Pinjaman tersebut telah diluluskan oleh pemberi pinjaman AAGB di bawah kemudahan pembiayaan bersindiket, dengan jaminan oleh Danajamin melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP), sebuah entiti milik penuh Kementerian Kewangan.

Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berkata, syarikat penerbangan tambang murah itu merupakan penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan menyediakan rangkaian penerbangan untuk memudahkan aktiviti pelancongan, perdagangan dan pelaburan.

"Kami juga memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan yang luas dan memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, terutamanya melalui usaha digital kami.

“Kelulusan daripada kerajaan Malaysia ini merupakan sokongan yang kuat terhadap kemampuan Kumpulan AirAsia untuk pulih dengan lebih cepat dan memacu keseluruhan strategi pengumpulan dana kami dalam persediaan kami untuk kembali beroperasi di semua pasaran utama kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi kumpulan, jaminan daripada kerajaan melalui Danajamin/SJPP mencerminkan sokongan yang kukuh terhadap AAGB dalam persediaannya untuk memastikan ia berada dalam kedudukan yang teguh.

Pembiayaan bersindiket tersebut diperuntukkan untuk modal kerja, yang akan menampung kos kakitangan dan perbelanjaan operasi utama seperti penyelenggaraan pesawat dalam persediaan AAGB untuk meningkatkan operasinya sempena pembukaan semula sempadan domestik dan antarabangsa dalam waktu terdekat.

Tambah Kamarudin, negara-negara di seluruh dunia, termasuk di rantau ini telah mula membuka semula sempadan antarabangsa berikutan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Kadar vaksinasi dewasa di Malaysia kini hampir 90%, dan sempadan domestik dijangka dibuka setelah kita mencapai sasaran itu.

"Gelembung perjalanan Langkawi merupakan kejayaan besar sejak ia dilancarkan dan kami telah melihat permintaan yang luar biasa menerusi 90 perkhidmatan penerbangan seminggu dari 16 September.

“Kami juga telah melihat pembukaan secara beransur-ansur di Thailand, Indonesia dan Filipina di mana kami kembali beroperasi.

"Dalam pada negara-negara di rantau ini meneruskan perbincangan untuk membuka semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur dan melaksanakan gelembung perjalanan, kami yakin bahawa perkhidmatan kami akan pulih dalam waktu terdekat,” katanya lagi.

*Berita asal di Dagang News

#Danajamin Nasional#pinjaman RM500 juta#Skim Jaminan Prihatin Danajamin
Pemandu jengkaut rata hutan simpan ditahan

Pemandu jengkaut rata hutan simpan ditahan

Lelaki tersebut mendakwa telah ditugaskan untuk meratakan tanah di kawasan hutan berkenaan dan tidak mengetahui kerja itu satu kesalahan besar.
Manchester United memang layak kalah kepada Leicester - Pogba

Manchester United memang layak kalah kepada Leicester - Pogba

Rekod tanpa kalah United dalam 29 perlawanan berturut-turut EPL berakhir di Stadium King Power, malam tadi.
KPN nafi siarkan iklan tawar ratusan kekosongan jawatan guru tabika

KPN nafi siarkan iklan tawar ratusan kekosongan jawatan guru tabika

Iklan itu mencetuskan tanda tanya kerana mencatatkan syarat kelayakan mengisi kekosongan jawatan tersebut terlalu rendah.
UMP Holdings tawar khidmat sanitasi kepada yang memerlukan

UMP Holdings tawar khidmat sanitasi kepada yang memerlukan

Baru-baru ini, syarikat itu menjalankan program khidmat komuniti sanitasi UMP services di Rumah Anak Yatim Baitul Husna, Beserah.
EPL: Guardiola sanjung tinggi barisan Manchester City

EPL: Guardiola sanjung tinggi barisan Manchester City

Walaupun City kini memiliki enam catatan bersih dalam lapan perlawanan liga musim ini, Guardiola mengakui pasukannya terpaksa berjuang bersungguh-sungguh.
AWANI Ringkas: Institusi pendidikan di Kedah, Kelantan bermula 31 Oktober

AWANI Ringkas: Institusi pendidikan di Kedah, Kelantan bermula 31 Oktober

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Solskjaer akui buat beberapa keputusan buruk

Solskjaer akui buat beberapa keputusan buruk

Kekalahan itu menyaksikan rekod The Red Devils dalam 29 perlawanan tanpa kalah EPL berkecai.
Ooopss! Anak terlupa kod selepas pasang kunci basikal di leher ibu

Ooopss! Anak terlupa kod selepas pasang kunci basikal di leher ibu

Alahailah anak, menguji sungguh perangai! Mujurlah tidak berbahaya, jika tidak menyesal tak sudah.
Salah pemain terbaik dunia - Klopp

Salah pemain terbaik dunia - Klopp

Salah memintas rekod Didier Drogba sebagai pemain Afrika yang paling banyak menjaringkan gol dalam sejarah EPL.
Rugi RM13,310 diperdaya iklan pinjaman tidak wujud

Rugi RM13,310 diperdaya iklan pinjaman tidak wujud

Mangsa menghubungi seorang individu dikenali sebagai CK Leong dan memberitahu mahu membuat pinjaman sebanyak RM20,000.