awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda Skuad Harimau Kumbang, Firos Mohamed meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2025
15:58 MYT
Legenda Skuad Harimau Kumbang, Firos Mohamed meninggal dunia
Firos sering dikenang sebagai antara penjaga gol terbaik Liga Malaysia ketika mewakili skuad Harimau Kumbang (Pulau Pinang) pada era 90-an. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed dilaporkan meninggal dunia, selepas rebah semasa beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Sabtu.
Menurut laporan media tempatan, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15 malam, semasa mewakili pasukan Legenda Pulau Pinang dalam perlawanan menentang Legenda Kedah.
Beberapa video di laman media sosial menunjukkan pemain itu tiba-tiba rebah ketika sedang beraksi, sebelum diberi bantuan awal oleh petugas kesihatan, dan dikejarkan ke hospital berhampiran.
Kejohanan tersebut menjadi medan legenda bola sepak dari empat negeri utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Firos sering dikenang sebagai antara penjaga gol terbaik Liga Malaysia ketika mewakili skuad Harimau Kumbang (Pulau Pinang) pada era 90-an, dan menjadi tonggak utama pasukan dalam pelbagai kejohanan domestic.
Allahyarham diiktiraf sebagai ikon bola sepak negeri Pulau Pinang, dan sering dijemput menyertai perlawanan amal dan kejohanan lagenda sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangannya
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#penjaga gawang
#petugas kesihatan
#Liga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan