awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X kembali ke Osaka

Bernama
Bernama
21/01/2023
05:47 MYT
AirAsia X kembali ke Osaka
Penerbangan sulungnya berlepas dari Kuala Lumpur pada 11.45 malam semalam dan tiba di Osaka pada 7.15 pagi hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: AirAsia X (AAX) kembali ke Osaka, Jepun untuk mengembangkan lagi rangkaiannya ke negara matahari terbit itu.
Penerbangan sulungnya berlepas dari Kuala Lumpur pada 11.45 malam semalam dan tiba di Osaka pada 7.15 pagi hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AAX Malaysia Benyamin Ismail berkata selepas menyambung semula perkhidmatan dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo pada akhir tahun lepas, syarikat penerbangan telah membawa hampir 30,000 orang antara Malaysia dan Jepun selepas pandemik.
"Hari ini, kami menyaksikan permintaan yang kukuh bagi penerbangan sulung ini dengan muatan melebihi 95 peratus dan kami yakin laluan ini akan diterima dengan baik walaupun ia kompetitif.
"Apabila permintaan terhadap perjalanan semakin meningkat, kami akan terus mengembangkan perkhidmatan kami ke destinasi menarik di Asia dari hab serantau kami di Kuala Lumpur dan Bangkok," katanya dalam kenyataan.
Penerbangan tiga kali seminggu ke Osaka dijangka akan membawa lebih 116,000 pelancong antara Malaysia dan Jepun pada setiap bulan, seterusnya memacu sektor pelancongan kedua-dua negara.
AAX menawarkan tambang termasuk semua antara Kuala Lumpur dan Osaka daripada RM699/JPY29,990 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM2,999/JPY106,640 sehala untuk Premium Flatbed.
AAX melakukan penerbangan ke tiga destinasi di Jepun iaitu Tokyo, Osaka dan Sapporo dari Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh AirAsia X Malaysia dan dari Bangkok (Suvarnabhumi) yang dikendalikan oleh AirAsia X Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#osaka
#Jepun
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan