awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agensi kemanusiaan PBB desak Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan
Malaysia perlu sampai mesej jelas perangi sindiket dadah - Lee
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X umum penstrukturan semula hutang sudah selesai

Bernama
Bernama
16/03/2022
23:30 MYT
AirAsia X umum penstrukturan semula hutang sudah selesai
Dalam tempoh dua bulan akan datang, AAX akan memulakan semula perkhidmatan pesawat penumpang ke beberapa lagi destinasi antarabangsa.
KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) telah mengemukakan perintah sekatan bagi penstrukturan semula hutangnya kepada Pendaftar Syarikat (ROC) dengan formaliti penstrukturan semula kini sudah selesai.
AAX dalam satu kenyataan semalam berkata cadangan penstrukturan semula hutang itu telah diluluskan oleh pemiutangnya pada 12 November, 2021 dan Mahkamah Tinggi Malaya pada 16 Disember, 2021.
"Perintah sekatan itu bermakna bahawa kesan kewangan boleh diiktiraf dalam penyata kewangan syarikat dan seterusnya AAX akan dapat memulihkan liabiliti berjumlah RM33 bilion dan peruntukan untuk liabiliti yang telah diketepikan di bawah skim itu.
"Kesan penuh ke atas penyata pendapatan dan lembaran imbangan syarikat itu akan dinyatakan dalam pengumuman suku tahunan Bursa Malaysia," katanya.
Penyerahan perintah sekatan itu kini akan membuka jalan bagi meneruskan cadangan pengumpulan dana, katanya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail berkata langkah terbaharu yang diambil oleh AAX itu merupakan satu lagi langkah penting dalam membina semula syarikat, pasca pandemik.
"Kami kembali beroperasi pada kedudukan yang kukuh di mana kami sekali lagi boleh menawarkan tambang nilai terbaik dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang oleh pelanggan kami.
"Perkhidmatan kargo telah menjadi talian hayat yang kukuh untuk AAX dan pemulihan yang sedang berlaku sekarang adalah gabungan dengan penekanan yang sama terhadap pendapatan terhadap perkhidmatan kargo dan penumpang," katanya.
Beliau berkata dalam tempoh dua bulan akan datang, AAX akan memulakan semula perkhidmatan pesawat penumpang ke beberapa lagi destinasi antarabangsa seiring dengan pembukaan semula pintu sempadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airasia X
#penstrukturan semula
#hutang
#perintah sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan