awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akses kewangan tidak seragam, wanita paling terjejas - WEF

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/12/2022
00:10 MYT
Akses kewangan tidak seragam, wanita paling terjejas - WEF
Hanya 22 peratus wanita yang memerlukan pinjaman menerima kredit daripada bank komersial, berbanding 28 peratus lelaki. - Foto WEF
KUALA LUMPUR: Akses kepada kewangan yang tidak seragam dalam kalangan generasi digital ASEAN masih menjadi isu utama di rantau ini.
Itu dapatan dalam laporan ASEAN Digital Generation Report 2022 yang dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada Rabu.
Memetik laporan itu, di antara mereka yang mendapatkan sokongan kredit, hampir separuh tidak dapat mengakses sumber pinjaman rasmi.
Kira-kira 28 peratus daripada mereka yang memerlukan pinjaman tidak mendapat apa-apa dan hampir satu perlima terpaksa bergantung kepada keluarga dan rakan-rakan, koperasi dan pemberi pinjaman tidak rasmi yang lain.
Wanita juga kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan berbanding lelaki.
Sebagai contoh, hanya 22 peratus wanita yang memerlukan pinjaman menerima kredit daripada bank komersial, berbanding 28 peratus lelaki.
Malah, wanita juga dilihat kurang menggunakan produk kewangan termaju seperti kredit, pelaburan dan insurans dengan hanya 19 peratus berbanding lelaki, 24 peratus.
Bagaimanapun, tinjauan menunjukkan bahawa wanita menggunakan aplikasi kewangan digital lebih tinggi iaitu 65 peratus berbanding lelaki, 59 peratus.
Laporan itu mendapati bahawa pemilikan kemahiran pengurusan kewangan dikaitkan dengan akses kepada produk kewangan, terutamanya yang lebih maju seperti insurans, pinjaman dan pelaburan.
Laporan siri keenam hasil kerjasama antara WEF, Sea Limited dan Astro AWANI itu mengkaji perkhidmatan kewangan digital, jurang dalam akses dan ruang penambahbaikan keterangkuman kewangan melalui perniagaan, kerajaan dan organisasi masyarakat sivil.
Ia hasil tinjauan terhadap lebih 90,000 responden dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Kira-kira 70 peratus daripada responden berumur antara 16 dan 35, 52 peratus adalah wanita manakala satu pertiga atau 27,000 merupakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Topic Berkaitan
#WEF
#akses kewangan
#generasi digital
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan