KUALA LUMPUR: Alam Maritim Resources Berhad memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Safeen Survey and Subsea Services bagi berkongsi pengalaman, aset dan keupayaan marin serta teknologi proprietari ke dalam industri minyak dan gas.
Perjanjian itu melibatkan sektor minyak dan gas huluan di Malaysia dan rantau ini menerajui kepimpinan Alam Maritim.
Alam Maritim dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, perjanjian itu bertujuan menyatukan pengalaman, kepakaran dan aset semua pihak terlibat dalam bidang masing-masing untuk manfaat bersama.
"Pada masa sama ia bertujuan menyelaraskan keupayaan dan teknologi proprietari masing-masing ke dalam industri minyak dan gas terutamanya sektor minyak dan gas huluan di Malaysia dan rantau yang diterajui oleh kepimpinan Alam Maritim dalam kapal perkhidmatan luar pesisir (OSV) dan sektor Subsea.
"Sinergi melalui MOU itu bertujuan mempromosikan penyelesaian operasi dan komersial yang paling cekap, memberikan nilai ekonomi skop dan skala kepada sektor minyak dan gas di Malaysia serta Asia Tenggara.
"Setelah mengenal pasti projek sasaran tersebut, pihak-pihak akan melaksanakan perjanjian bidaan bersama khusus dan/atau perjanjian kerjasama dan/atau mana-mana perjanjian lain dan membangunkan rancangan sewajarnya," katanya.
Menerusi perjanjian itu, pihak-pihak yang terlibat bebas berbincang serta menjalinkan kerjasama secara eksklusif selain menyatakan persefahaman terhadap sebarang cadangan kerjasama.
Perjanjian itu dijangka tidak memberi sebarang kesan ke atas modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama serta aset bersih, pendapatan dan pendapatan sesaham Alam Maritim.
"Kesan kewangan daripada cadagan kerjasama hanya boleh ditentukan apabila perjanjian bidaan bersama khusus dan/atau perjanjian kerjasama dan/atau mana-mana perjanjian lain," katanya. -DagangNews.com
Dagang News
Thu Jan 05 2023
Perjanjian itu melibatkan sektor minyak dan gas huluan di Malaysia dan rantau ini menerajui kepimpinan Alam Maritim. - Dagang News
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
Alam Maritim, Safeen kongsi aset dan teknologi industri O&G
Alam Maritim kongsi aset, teknologi bersama SAFEEN Survey and Subsea Services dalam industri minyak dan gas