Datuk Seri Najib Tun Razak hari Ahad berkata Algeria menawarkan Petronas untuk membida projek penerokaan minyak di negara itu manakala perundingan juga sedang dilaksanakan bagi membolehkan syarikat-syarikat Malaysia membina lebuh raya dan hospital pakar di Tanzania.
Perdana Menteri berkata rakan sejawatannya dari Algeria Abdelmalek Sellal membuat tawaran itu semasa mereka melakukan pertemuan dua hala di luar jadual Dialog Perkongsian Pintar Global di Pusat Konvensyen Antarabangsa Julius Nyerere di sini.
Bagi pelaburan di Tanzania, Najib berkata United Engineers Malaysia (UEM) sedang berunding untuk membina lebuh raya bertol menghubungkan bandar raya komersil ini dan bandar raya tepi pantai ke bahagian lain negara itu.
"Lebuh raya itu penting kerana pelabuhan Dar es Salaam juga merupakan pintu masuk bagi Rwanda, Zambia dan Burundi untuk mengimport dan mengeksport barangan masing-masing," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Katanya terdapat juga perancangan bagi satu syarikat penyedia penjagaan kesihatan Malaysia untuk membina satu hospital pakar di bandar raya ini.
Najib berkata perkara itu dibincangkan semasa beliau menemui Presiden Tanzania Jakaya Mrisho Kikwete di luar jadual dialog itu.
Perdana Menteri berkata Kikwete turut melahirkan penghargaan bagi bantuan Malaysia membantu berkongsi Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menjadikan Malaysia satu negara berpendapatan tinggi sebagai model pembangunan negara itu.
Hasrat itu memenuhi aspirasi rakyat (Tanzania) dengan adanya model pembangunan untuk rakyat yang disumbang oleh Malaysia melalui Perkongsian Pintar antara kedua-dua negara, kata Najib.
Najib berkata Presiden Tanzania turut menghargai inisiatif Limkokwing University for Creative Technology untuk menubuhkan satu kampus di negara itu.
Mengenai pertemuannya dengan Presiden Uganda Yoweri Museveni, Perdana Menteri berkata Presiden itu berharap Malaysia boleh memainkan peranan menaikkan nilai ekonomi Uganda.
Najib berkata Museveni telah cuba mendapatkan pelabur Malaysia untuk menubuhkan satu kilang pemprosesan biji kopi di Uganda supaya mereka boleunh mengeksport kopi yang telah diproses berbanding dengan biji kopi mentah di dalam usaha meningkatkan pendapatan negara itu.
Uganda kini menerima pulangan yang kecil dengan hanya mengeksport biji kopi mentah walau pun mereka merupakan salah satu pengeksport biji kopi utama berbanding dengan pulangan yang besar jika mereka boleh mengeksport kopi yang telah diproses," katanya.
Najib berkata Uganda turut berminat untuk menjemput Pengeluar Kuasa Bebas (IPP) Malaysia untuk melabur di negara itu.
Najib, Kikwete dan Museveni adalah antara 14 ketua kerajaan dan negara yang menghadiri dialog itu.
Najib berkata peluang perniagaan bernilai kira-kira RM600 juta di Afrika dijana oleh 28 syarikat Malaysia yang menyertai pameran Teknologi, Produk dan Perkhidmatan Malaysia yang diadakan bersempena dengan dialog itu di tempat yang sama.
Syarikat-syarikat Malaysia itu mewakili lima industri utama
pertanian, tenaga, ICT, produk dan perkhidmatan.
Najib berkata beliau juga berusaha mendapatkan sokongan negara-negara Afrika yang menghadiri dialog itu bagi menyokong Malaysia apabila ia berusaha mendapatkan sokongan sebagai negara anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi tempoh 2015-2016.
Sambutan mereka adalah menggalakkan," katanya.
Ketika ditanya sama ada Malaysia akan menukar pendekatan dasar asingnya bagi memberi tumpuan terhadap rantau ini berikutan perkembangan sesetengah negara besar yang memberi lebih tumpuan ke benua itu kebelakangan ini, Najib berkata setiap benua mempunyai potensinya yang tersendiri.
Dasar kita ialah kita lihat semua kelompok yang kita boleh buat hubungan strategik. Kita tak boleh beri tumpuan di sini sahaja. Kita boleh buat kesesuaian mengikut keperluan keadaan seperti pelaburan langsung asing, pasaran dan teknologi (apabila mengadakan hubungan dengan setiap benua) dari masa ke semasa, katanya.
Menjawab soalan lain, Najib berkata Malaysia tiada masalah di dalam hubungannya dengan negara-negara Afrika kerana mereka mengetahui bahawa Malaysia ikhlas membantu mereka melalui keadaan menang-menang.
Katanya Malaysia akan menjadi hos Dialog Perkongsian Pintar pada 2015.
Dialog itu menjadi platform bagi ketua-ketua kerajaan, pemimpin perniagaan, saintis dan ahli akademik untuk bertemu dan membincangkan idea dan pengalaman berkaitan sains, teknologi dan inovasi dan bagaimana ia boleh merangsang pembangunan sosioekonomi.
Bernama
Sun Jun 30 2013
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah Gaza diserang: Algeria minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar
Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila pesawat Israel menyasarkan rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat subuh di Sekolah Al-Tabin.
Olimpik Paris 2024: Penyokong Algeria raikan Khelif mara ke final
Ratusan penyokong Algeria menghangatkan suasana tenang Court Phillippe-Chatrier di Roland Garros apabila Imane Khelif berjaya mara ke final kategori 66 kilogram.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas
Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia pada Selasa mengambil peranan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata pihaknya kini dalam peringkat perancangan awal untuk mengoperasikan pusat itu.
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Palsukan kematian diri sendiri, wanita nekad tikam penulis blog 50 kali
Seorang wanita berusia 23 tahun didakwa selepas menikam seorang penulis blog kecantikan Algeria di Jerman sehingga maut dalam usaha untuk memalsukan kematian sendiri.
Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat
Kerajaan Algeria memecat Pengarah Penubuhan Televisyen Awam (EPTV), Chabane Lounakel selepas menyiarkan kemenangan Maghribi menentang Portugal dengan skor 1-0 di pusingan suku akhir Piala Dunia 2022.
Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria
Aboul-Gheit gesa Palestin laksanakan Deklarasi Algiers yang ditandatangani dua minggu lalu dalam usaha mencapai perdamaian sebenar.
Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental
Suspek yang juga gelandangan itu berada di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.