KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas berikutan aliran masuk bersih asing meningkat kepada RM69.5 juta pada minggu dagangan berakhir 14 April berbanding RM18.8 juta pada minggu sebelumnya, sekali gus mencatat aliran masuk selama tiga minggu berturut-turut, kata MIDF Research.
Dalam Laporan Aliran Dana mingguannya, firma penyelidikan itu berkata, walaupun pelabur asing mempamerkan kecenderungan negatif pada minggu yang mencatat jualan bersih selama tiga daripada lima hari dagangan, kesannya telah diimbangi oleh pembelian bersih pada Khamis dan Jumaat.
"Pelabur asing berperanan sebagai penjual bersih pada Isnin sebanyak RM27.3 juta, RM8.4 juta pada Selasa dan RM23.7 juta pada Rabu, namun, mencatat aliran masuk bersih terbesar pada Khamis sebanyak RM112.2 juta, diikuti Jumaat dengan aliran masuk bersih RM16.8 juta," katanya hari ini.
MIDF Research berkata, tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih asing pada minggu lepas adalah teknologi (RM32.3 juta), perkhidmatan kewangan (RM26.8 juta) dan perladangan (RM24.2 juta), manakala tiga sektor dengan aliran keluar bersih asing adalah utiliti (RM42.5 juta), penjagaan kesihatan (RM38.3 juta) dan REIT (RM8.5 juta).
Menurutnya, setakat tahun ini, pelabur asing telah melepaskan pegangan ekuiti Malaysia untuk tempoh sembilan daripada 15 minggu iaitu bernilai RM1.83 bilion.
Sementara itu, pelabur institusi kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu berkenaan, namun, mencatat jualan bersih, masing-masing sebanyak RM48.7 juta dan RM22.3 juta pada Khamis dan Jumaat.
"Setakat tahun ini, pelabur institusi telah menjadi pembeli bersih selama 11 daripada 15 minggu, dengan jumlah kumulatif RM1.82 bilion," kata MIDF Research.
Peruncit tempatan meneruskan trend jualan bersih bagi minggu ketiga berturut-turut, berjumlah sehingga RM73.1 juta.
Walaupun peruncit tempatan adalah pembeli bersih dengan nilai RM6.8 juta pada Rabu dan RM5.6 juta pada Khamis, mereka merupakan penjual bersih pada sepanjang minggu itu, katanya.
"Setakat ini, pada tahun ini, peruncit tempatan merupakan penjual bersih untuk tempoh lapan daripada 15 minggu, dengan jumlah kumulatif RM50.2 juta," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata, dari segi penyertaan, nilai purata dagangan harian (ADTV) dalam kalangan peruncit tempatan meningkat (+11.1 peratus), institusi tempatan (+15.5 peratus) dan pelabur asing (+20.5 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Setakat tahun ini, pelabur asing telah melepaskan pegangan ekuiti Malaysia untuk tempoh sembilan daripada 15 minggu iaitu bernilai RM1.83 bilion. - Fail/BERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.