awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran masuk FDI ke Malaysia dari China, HK meningkat pada 2023

Bernama
Bernama
29/05/2024
22:15 MYT
Aliran masuk FDI ke Malaysia dari China, HK meningkat pada 2023
Lavanya berkata aliran masuk bersih FDI ke negara ini tertinggi dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, menandakan sektor ini menjadi penerima utama aliran masuk pelaburan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia dari China dan Hong Kong (HK) meningkat kepada AS$3.4 bilion (AS$1= RM4.696) pada 2023 daripada AS$3.3 bilion pada 2022 dan meningkat tiga kali ganda daripada paras 2013, kata Penyelidik Pasaran Global dan Strategi OCBC.
Ahli Ekonomi Kanan Aseannya, Lavanya Venkateswaran berkata sebagai satu daripada ekonomi ASEAN-6 bersama Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura dan Vietnam, Malaysia mendapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan global dan serantau, serta penggunaan Strategi 'China+1'.
Beliau berkata aliran masuk bersih FDI ke negara ini tertinggi dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, menandakan sektor ini menjadi penerima utama aliran masuk pelaburan.
"Data daripada Institut Perusahaan Amerika dan Yayasan Warisan menunjukkan sebahagian besar pelaburan dari China melibatkan sektor tenaga, teknologi dan pengangkutan," katanya dalam laporan terkini OCBC mengenai FDI Asean-China yang dikeluarkan pada Rabu.
Lavanya berkata sebelum ini syarikat China menjanjikan pelaburan sekitar RM170 bilion ke Malaysia pada April 2023, dengan 19 memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani, diikuti dengan komitmen RM19.84 bilion pada September 2023.
"Ini menunjukkan bahawa terdapat komitmen FDI yang kukuh dari China ke Malaysia.
"Komitmen selanjutnya mungkin dilaksanakan pada Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024, yang berlangsung dari 17 Dis hingga 19 Dis, 2024," katanya.
Lavanya turut menyatakan kelulusan pelaburan modal asing iaitu proksi kepada FDI yang diluluskan ke Malaysia semakin meningkat.
"Aliran masuk datang daripada pelbagai sektor sejak beberapa tahun ini, mengukuhkan peranan Malaysia dalam rantaian bekalan serantau dan global. Ini termasuk dari Kesatuan Eropah, negara ASEAN lain, Amerika Syarikat, Jepun dan China," katanya.
Di peringkat serantau, Lavanya berkata aliran masuk FDI ke dalam ekonomi ASEAN-6 meningkat kepada AS$236 bilion pada 2023 berbanding purata tahunan AS$190 bilion pada 2020-2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#aliran masuk FDI
#pelaburan langsung asing
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan