awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL

Bernama
Bernama
03/02/2026
03:00 MYT
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
SPRM mengesyorkan 20 langkah penambahbaikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memperkemas tatakelola dan menutup ruang ketirisan melibatkan lima isu utama di agensi berkenaan.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan 20 langkah penambahbaikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memperkemas tatakelola dan menutup ruang ketirisan melibatkan lima isu utama di agensi berkenaan.
SPRM dalam kenyataan berkata, lima isu tatakelola dikenal pasti di DBKL melibatkan pengurusan pelaksanaan projek penerbitan kandungan siaran Studio Radio (Bahan Kreatif) serta tadbir urus Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia 2023 (SUKANUN Ke-12).
"Isu lain yang turut diberi tumpuan adalah pengurusan dan pengagihan tapak Bazar Ramadan dan Aidilfitri, pengurusan kutipan sewa bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).
"Selain itu, penambahbaikan turut disarankan terhadap pengurusan dan pemantauan kontrak pelaksanaan perkhidmatan pengurusan pelbagai lesen perniagaan," menurut kenyataan itu.
SPRM memaklumkan, syor berkenaan dibentangkan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM hasil pemerhatian dan siasatan yang dijalankan terhadap prosedur sedia ada.
Cadangan penambahbaikan itu disambut baik oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud, yang menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan serta meningkatkan kecekapan dan integriti DBKL.
Sesi pembentangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Cawangan F BPT, Zulhairy Zaidel.
Turut hadir ialah Pengarah BPT Datuk Mohd Zaki Hassan; Timbalan Pengarah II, Ahmad Shukri Mohamad Taib dan Timbalan Pengarah III, Norazlina Abd Rahim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#DBKL
#tata kelola
#ketirisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan